Tuesday, June 30, 2009

CABANG HULU SELANGOR SOKONG AMK SELANGOR BANTAH TUDUHAN DS ANWAR..

Kenyataan Media
Cabang Hulu Selangor menyokong kenyataan media oleh AMK Selangor membantah tuduhan yang dikenakan kepada DS Anawar Ibrahim dengan sepenuhnya. DS Anwar menjadi mangsa kezaliman dan ala konspirasi 1998.
Shaiful Anuar Sulaiman
Ketua Penerangan PKR
Cabang Hulu Selangor
Berikut adalah kenyataan penuh media
dari AMK Selangor bertarikh 20hb Jun 2009
Untuk Edaran Media Segera
AMK SELANGOR ANGGAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM ADALAH MANGSA KEZALIMAN EPISOD ULANGAN ALA – KONSPIRASI 1998
Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap tuduhan terbaru kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah episod ulangan konspirasi ala-1998. Tuduhan tersebut jelas membuktikan untuk menghalang Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini melalui satu perancangan konspirasi yang kotor dan jijik yang membabitkan individu penting negara ini yang menggunakan jentera kerajaan Malaysia.
AMK Selangor yakin episod ulangan konspirasi ala-1998 ini hanya akan memperkukuhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan rejim UMNO/Barisan Nasional sedikit masa sahaja lagi. Malahan tindakan terbaru pendakwaan terbaru ini hanya akan menjatuhkan imej dan kredibiliti kerajaan semasa khususnya parti UMNO/BN di kalangan rakyat Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
Sokongan rakyat yang meningkat setiap masa kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim khususnya pasca PRU-12 telah menyebabkan beberapa individu tidak senang duduk. Justeru, mereka bimbang sokongan yang meningkat ini akan mengancam kedudukan mereka kelak. Oleh itu, satu perancangan konspirasi oleh dalang yang sama pada tahun 1998 dipercayai dilaksanakan kembali.
AMK Selangor juga yakin kini majoriti rakyat Malaysia sudah tidak lagi mempercayai tuduhan tersebut kerana ianya adalah ulangan kepada episod konspirasi lama dahulu. Malahan AMK percaya juga sebahagian besar ahli parti UMNO dan komponen BN di semua peringkat juga sudah tidak lagi mempercayai tuduhan tersebut yang jelas direka-reka untuk menjatuhkan keyakinan rakyat kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan bakal Perdana Menteri Malaysia in-waiting.
AMK Selangor menaruh kepercayaan yang tinggi kepada rakyat Malaysia bahawa kini rakyat keseluruhannya sudah tidak mudah diperkotak-katikkan oleh media propaganda UMNO/BN. Malahan perpecahan besar dalam Barisan Nasional dalam isu ini akan semakin jelas terserlah dari hari ke sehari pada waktu mutakhir kini. Penolakkan rakyat Malaysia kepada dalang konspirasi ini juga akan menyebabkan sebahagian ahli UMNO/BN kini sudah berkira-kira untuk tidak sekali lagi bersengkongkol dengan kezaliman para konspirator.
Malahan parti-parti dalam komponen Barisan Nasional juga perlu bertindak menyatakan pendirian mereka dalam isu ini. Semakin lama mereka berdiam diri akan menyebabkan mereka juga dianggap sebagai sebahagian komponen konspirator yang zalim. Yang jelas PRU-13, rakyat Malaysia hanya mempunyai satu pilihan sahaja iaitu dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai peneraju baru kerajaan Malaysia di masa hadapan.
AMK Selangor bertegas dan berharap agar badan perundangan dan kehakiman negara tidak diperkudakan sekali lagi untuk menjayakan perancangan konspirasi tersebut. Sebenarnya keyakinan dunia antarabangsa terhadap badan perundangan dan kehakiman negara sejak 1998 belum lagi pulih sehingga kini. Justeru membiarkan badan kehakiman untuk bertindak secara professional adalah langkah segera dan terbaik untuk mengembalikan keyakinan dunia antarabangsa terhadap badan perundangan dan kehakiman negara.
AMK Selangor juga yakin kini sudah wujud gerakan secara senyap protes rakyat keseluruhannya terhadap dalang konspirasi terbaru ini. Protes secara senyap ini akan sampai ke kemuncaknya pada PRU-13 ini yang akan terus menobatkan Pakatan Rakyat yang kini selaku government in waiting.
Kita juga yakin gelombang rakyat yang lebih besar daripada gerakan reformasi 1998 akan muncul yang akan mendokong penuh semangat dan aspirasi Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk membawa harapan baru untuk Malaysia. Rakyat Malaysia era kini semakin bijak dan pintar dalam gerakan siasah. Mereka juga sudah tidak mudah diperkotak-katikkan oleh media-media propaganda UMNO/BN.
Justeru, AMK Selangor mengingatkan agar parti-parti komponen dalam Barisan Nasional menilai kembali kerjasamanya dengan UMNO. Semakin lama mereka merestui konspirasi ini, semakin jelas juga rakyat akan terus menolak parti-parti dalam komponen Barisan Nasional ini sehingga di Sabah dan Sarawak. Rakyat Malaysia tidak akan merestui mana-mana pihak yang sama-sama terlibat dalam konspirasi yang jelas jijik dan terkutuk itu.
AMK Selangor akan terus bersama-sama dengan perjuangan dan aspirasi yang dicetuskan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sokongan dan dokongan daripada seluruh rakyat Malaysia dan juga dunia antarabangsa akan menjadi azimat keramat oleh anak muda AMK untuk berhadapan sebarang kemungkinan yang mungkin dikenakan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Semua pihak sentiasa mendoakan agar Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga sentiasa dilindungi daripada apa-apa cubaan dan dugaan.
Akhirnya, AMK Selangor sekali lagi mengulangi keyakinan bersama-sama rakyat Malaysia dan dunia antarabangsa bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa konspirasi ala-1998 yang cuba diulang kembali pada tahun 2009 ini.
AMK menggesa agar rakyat sekali lagi menunjukkan sokongan padu mereka untuk menghentikan satu lagi kezaliman yang cuba diulang pada masa kini. Merestui satu lagi kezaliman ini adalah tindakan yang zalim yang dosanya akan dikongsi secara bersama juga dengan konpirator yang zalim tersebut.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor

Sunday, June 28, 2009

TGNA AJAK DS NAJIB BERDEBAT SELESAI ISU POLITIK

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ghazali Mayudin tidak menolak kemungkinan kehadiran media baru seperti internet dan blog secara tidak langsung boleh mempengaruhi pengundi di Manek Urai walaupun kawasan tersebut adalah kawasan luar bandar. Beliau berpandangan, mungkin terdapat pengundi muda yang telah berhijrah ke bandar dan mempunyai akses terhadap internet dan maklumat yang diperolehi melalui media baru ini seterusnya akan disampaikan kepada ibu bapa atau penduduk di Manek Urai.Bagaimanapun katanya, pendekatan peribadi seperti mencula undi dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh parti-parti yang bertanding boleh menjadi efektif jika mengenai tempat dan sasarannya dalam mempengaruhi pengundi terutama golongan yang masih mencari-cari parti mana yang harus diundi."Pendekatan tersebut saya kira lebih berkesan dalam konteks pilihan raya kecil Manek Urai ini. Parti-parti yang bertanding mempunyai ruang yang kuat kerana dalam tidak mempunyai pilihan raya di tempat lain pada waktu ini."Sebagai contoh jika parti A menggunakan pendekatan peribadi dari rumah ke rumah, parti B juga harus berbuat demikian. Jika tidak, kempen secara langsung tidak akan berkesan," katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily.Dalam pada itu katanya, dalam menghadapi pilihan raya kecil, kehadiran media dan penyampaian maklumat akan memberi kesan kepada pengundi-pengundi yang belum tetap pendirian terhadap sesuatu parti atau 'atas pagar'.Jelasnya, dalam mana-mana pilihan raya, akan ada golongan ini. Justeru katanya, golongan ini perlu diyakinkan dengan perjuangan dan matlamat parti agar mereka boleh mengundi kepada parti yang berkenaan.Sama ada media ini memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pilihan raya, beliau berpandangan, ia bergantung kepada golongan mana yang disasarkan oleh media terbabit."Sebagai contoh jika sasaran media itu kepada golongan penyokong kuat PAS, apa sahaja propaganda yang disampaikan oleh media arus perdana mungkin pengaruhnya sangat kurang terhadap mereka. Ini kerana mereka telah mempunyai pendirian yang tetap."Tetapi bagi golongan yang masih terumbang ambing dan masih berkira-kira parti mana yang mereka perlu undi, peranan media ini betul-betul mempengaruhi mereka," katanya.

Wednesday, June 24, 2009

TUJUAN PEGAWAI DAERAH HULU SELANGOR MELETAK PAPANTANDA TEMPAT KEJADIAN HENRY GURNEY DIBUNUH KOMUNIS ? 1951 ADALAH ZAMAN PENENTANGAN INGGERIS !


KUALA KUBU BHARU 21 Jun – Dalam beratus-ratus kenderaan yang melalui Jalan Kuala Kubu Bharu untuk ke pusat peranginan Bukit Fraser setiap hari, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa salah satu selekoh di jalan itu pernah menjadi saksi kepada satu peristiwa berdarah yang menggegarkan negara.Bagi mengajak orang ramai dan pelancong luar mengimbau semula peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor mengambil inisiatif meletakkan sebuah papan tanda di lokasi berlaku tragedi berdarah di selekoh itu.Pegawai Daerahnya, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, perletakan papan tanda itu dibuat supaya orang ramai yang melalui jalan itu dapat memperingati dan mengimbau semula peristiwa hitam itu.“Ramai yang melalui jalan ini untuk ke Bukit Fraser tidak tahu di sini terpahat satu peristiwa bersejarah di mana seorang pegawai British ditembak mati oleh pengganas komunis,” katanya ketika ditemui selepas majlis perletakan papan tanda itu di sini, semalam.Beliau berkata, papan tanda berkenaan diletakkan sebagai sebagai satu ‘monumen’ untuk mengingatkan orang ramai dan pelancong luar mengenai peristiwa bersejarah itu.Katanya, dengan adanya usaha itu, diharapkan masyarakat terutamanya golongan muda lebih maklum mengenai sejarah negara dan lebih menghargai keamanan yang dicapai negara hari ini.“Jika sebelum ini mereka hanya membaca kisah pembunuhan itu di dalam buku-buku sejarah, kami juga mahu pelawat-pelawat yang datang ke sini melihat dengan mata kepala mereka sendiri lokasi sebenar pembunuhan Henry Gurney,” katanya.Henry Gurney yang berumur 53 tahun ketika itu, merupakan Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestin sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.Henry Gurney mati ditembak dalam satu serangan hendap oleh pengganas komunis di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser pada 7 Okt 1951, semasa beliau dikatakan bersama isteri dan setiausaha peribadinya D.J. Staples sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser.Kira-kira 12 kilometer sebelum sampai di Bukit Fraser, kereta Rolls Royce yang dinaiki mereka dan dipandu oleh seorang Konstabel Mohd. Din dengan kibaran bendera Union Jack, menjadi sasaran peluru komunis. – Bernama

KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
YB Dato’ Seri Anwar IbrahimYB Dato’ Seri Abdul Hadi AwangYB Lim Kit Siang

Sunday, June 21, 2009

WACANA PENDIDIKAN RAKYAT CARLTON HOLIDAY HOTEL, SHAH ALAM

Wacana Pendidikan Rakyat (WADIRA) 2009 memutuskan beberapa resolusi untuk menjadikan pendidikan sebagai wacana teras dalam merealisasikan prinsip perjuangan KeADILan bagi menegakkan kebenaran, mewujudkan keamanan, memperkasakan perpaduan, menyubur kemakmuran serta memberi kesejahteraan hidup kepada seluruh warga Malaysia.
WADIRA selama dua hari anjuran Parti Keadilan Rakyat di Hotel Carlton, Shah Alam bermula Sabtu lalu, dirasmikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Biro Pendidikan Parti KeADILan Rakyat, Dr Mohd Nor Manuty, berkata WADIRA yang dihadiri lebih 400 peserta telah menyumbangkan pelbagai pandangan dan idea yang sangat bermanfaat.
Antara resolusi yang diputuskan ialah PKR memandang berat agenda pendidikan tanpa toleransi dan dasar pendidikan yang kini berada dalam keadaan krisis memerlukan suatu mekanisma perubahan.
WADIRA turut menyokong usul Kongres PKR (29-30 November 2008) yang lalu, bahawa PKR perlu menggubal satu Sistem Pendidikan Nasional Baru yang progresif dan berkualiti bermatlamatkan penjanaan sumber daya dengan berpaksi kepada sistem nilai bersama bersumberkan kepelbagaian tamadun manusia dengan berteraskan Perlembagaan.
PKR perlu mengembalikan semula roh falsafah pendidikan Negara yang telah termaktub dalam Akta pendidikan 1986.
Menjadikan bahasa Melayu sebagai mekanisme linguislistik iaitu medium komunikasi atau bahasa perantaraan sebagai asas utama bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang berkualiti.
Sistem pengajaran dan kaedah penyampaian mata pelajaran bahasa Inggeris harus direncanakan semula bagi mengelakkan ketidak-seragaman atau jurang tahap pendidikan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Kekayaan tahunan Negara yang diperolehi hendaklah dibelanjakan secara setimpal antara prasarana dan sistem pendidikan yang digunapakai untuk mengambarkan ciri-ciri sistem pendidikan sesebuah Negara maju. Lantaran itu, segala kebocoran di dalam pengagihan dan perbelanjaan dana bagi projek pendidikan ini, hendaklah dibenteras.
Menstruktur semula mereka yang benar-benar layak menerajui bidang keilmuan. Memartabatkan golongan cendekiawan dan ilmuan di tempat sewajarnya.
Pendidikan perlu berteraskan nilai-nilai murni, akhlak dan etika yang terdapat dalam pelbagai budaya dan kaum di Negara ini.
Mendokong nilai-nilai Hak Asasi Manusia seperti demokrasi pendidikan dan kebebasan bersuara.
Bahasa Melayu mestilah digunakan sebagai bahasa perantara dalam urusan rasmi kerajaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan digunapakai dalam urusan perniagaan dengan pihak kerajaan.
Menghidupkan semula fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengiktiraf guru-guru yang dapat menterjemahkan bahan-bahan ilmiah. Anugerah akan diberikan kepada guru dan sekolah yang Berjaya.
Menyokong Ketua Pembangkang yang mengemukakan usul bantahan perlaksanaan wajib lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sementara itu, WADIRA juga mengesa negeri-negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat, menimbangkan cadangan-cadangan yang berada di bawah wilayah pengaruhnya sekarang iaitu;
Mengubal dasar pendidikan yang boleh diterima bersama oleh ahli semua parti dan diketengahkan sesuai dengan penerimaan masyarakat.
Mengkaji potensi institusi-intitusi pendidikan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutama di Selangor untuk menjadi model reformasi pendidikan dengan menjadikan UNISEL dan KUIS sebagai benchmark.
Memastikan institusi pendidikan yang dikuasai Pakatan Rakyat, dipimpin oleh mereka yang berkebolehan serta menghayati falsafah dan perjuangan reformasi yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Cadangan ditubuhkan Majlis Pendidikan Rakyat untuk menyelaraskan dasar-dasar dan tindakan yang berkaitan dengan pendidikan rakyat.

PKR task force to scrutinise controversial projects

Penang PKR has set up a task force to look into all contentious and controversial development projects affecting the people in the state.
The task force to be headed by PKR state youth chief, Yusmaidi Yusoff, will look into all controversial projects to check on issues like natural and social justice, environment, human development and traffic management.
Once it has completed its investigations, the task force will prepare a working paper revealing its findings in detail and make recommendations to the state government.
As part of the Pakatan Rakyat state government, the state PKR is keen to ensure that Penangites’ views and opinions were duly considered and given priority by authorities on any development projects.
The state PKR set up the task force during last Friday’s meeting of its parliamentarians, legislators and councillors.
penang pkr chief 030109 zahrain hassimPKR state chief Zahrain Hashim, who chaired the meeting, has issued a directive to the task force to use the controversial Oasis development project at Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor as its catalyst programme.
The task force would check on all details of the project and the village land deals to determine whether it was a sustainable development project for the state.
The task force will then submit a proposal paper, comprising all problems and controversies pertaining to the project, and make recommendations to resolve them to the state government.
Yusmaidi, also a lawyer, said Kampung Buah Pala was an unique case in which the previous state government nullified the villagers of their equitable rights over their trust land.
Preserve Kg Buah Pala as a state heritage
The villagers have sought the state government to resolve the controversy and declare their 6.4 acre Kampung Buah Pala as a state heritage.
Kampung Buah Pala is known among locals as “Indian High Chaparral” because of its population of cowherds, cattles, goats and Tamil traditional cultural features.
During the Ponggal (harvesting) festival celebrations held at the village in January, Unesco officials have called on the Pakatan Rakyat state government officials to preserve the village as a state heritage.
buah pala high chaparral vigil 200609 03The villagers are facing eviction to make way for the lucrative Oasis development following a Court of Appeal decision last month favouring the developer, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd.
The villagers have filed an appeal at the Federal Court to overturn the appellate court’s decision and the case is up for hearing next Wednesday.
Meanwhile, social activist Dalbinder Singh Gill urged the Chief Miinister Lim Guan Eng to use the Section 76 of the National Land Code to acquire the village land and preserve its as a state heritage.
“It’s not sub-judice for the chief minister to use the law to acquire the land while the case is pending in court,” he said.
He also accused Nusmetro of breaching the local council by-laws by advertising and selling Oasis even though the land had not been vacated and no environmental impact assessment (EIA) report had been prepared yet.
Athi Veeranggan, Mkini

Friday, June 19, 2009

HKL KELUARKAN LAPORAN SAHKAN TIADA TANDA SAIFUL DILIWAT...

Oleh Angkasanuri
Laporan Perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Kuala Lumpur hari ini mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa Saiful Azlan Bukhari diliwat! Laporan ini ditanda tangani oleh tiga pakar perubatan daripada hospital berkenaan.Laporan dari HKL ini sekaligus mengesahkan laporan pertama dari Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) yang turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda-tanda saiful diliwat.
Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.
Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.Jadi ini sekaligus membuktikan bahawa segala dakwaan bahawa Saiful diliwat adalah palsu dan tidak berasas. Ini juga bermakna konspirasi Liwat 2 semakin terdedah segala pembohongan. Ternyata kospirasi Liwat 2 dibuat secara caca marba dan tergesa-gesa kerana terdesak. Sewajarnya dakwaan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya melalui Peguam Negara terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim digugurkan serta merta. Adakah DSAI akan dihantar sekali lagi ke Penjara Sungai Buloh semata-mata pengakuan dusta dan palsu Saiful? Jangan biarkan institusi kehakiman negara kita dijadikan lawak jenaka sekali lagi.Persoalannya apa yang berlaku kepada Saiful? Bagaimana sumpah yang dibuat di masjid Persekutan Jalan Duta? Bagaimana pula pihak yang ditemuinya atas urusan 'biasiswa' seperti gambar yang pernah didedahkan oleh Datin Dr Wan Azizah sebelum ini? Bagaimana pula dengan pemimpin Umno yang ditemui di Putrajaya yang sebelum ini memberitahu bahawa Saiful dalam keadaan pucat dan ketakutan? Adakah Saiful diliwat oleh pihak lain atau meliwatkan diri selepas laporan perubatan di PUSRAWI dan HKL mengesahkan dia tidak diliwat?Laporan yang dikeluarkan oleh HKL sekaligus menjadi tamparan yang paling hebat kepada kerajaan 1 Malaysia yang begitu ghairah dengan isu Liwat 2 sebagai tali hayat mereka dan dalam masa yang sama terus memanipulasi isu kerajaan perpaduan. Laporan perubatan dari HKL ini memberi isyarat yang cukup jelas bahawa Umno hanya menunggu hari-hari akhirnya untuk ditalkinkan.

Sunday, June 14, 2009

SIDANG KHAS PKR - 13 JUN 2009 KUIS, BANGI


Perwakilan memberikan undi untuk pengesahan semua pertukaran istilah dan peruntukan didalam perlembagaan PKR


DS Anwar memberikan ucaptama di majlis perasmian Sidang Khas PKR di KUIS semalam, lebih 1000 orang perwakilan yang hadir dari seluruh Malaysia.


Sidang khas yang diadakan bagi mendapat sokongan ahli PKR telah selamat diadakan di Kolej Universiti Islam, Bangi.. rupanya terletak di dalam kawasan Bandar Seri Mahkota, jika mengikut lebuhraya PLUS, keluar melalui "exit" Putra Mahkota. Bukan ramai yang tahu kewujudan "exit" ini, jika melalui lebuhraya, ramai tidak ter pandangkan Bandar Seri Mahkota ini.


Pengalaman semalam telah mengajar "ketua" kita tentang jalan-jalan di Malaysia, jalan ke KLIA, jalan ke Nilai dan sebagainya. Agak lucu juga bila disalahkan orang yang memberi petunjuk jalan kepadanya.
Walau apapun, semua berjalan lancar, perwakilan semua hadir dengan duit poket sendiri kecuali dari Sabah dan Sarawak yang datang di taja oleh PKR Selangor, terimakasih kepada Dato' Menteri Besar yang pemurah kepada orang Sabah dan Sarawak, orang Selangor tidak ada peluang nampaknya mendapat tajaan...

Thursday, June 4, 2009

DR MANSOR OTHMAN ANGKAT SUMPAH SBG TIMB KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG

PULAU PINANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Mansor Othman semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini. Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I. Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman. Beliau akan memegang portfolio Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat menyatakan kesediannya untuk memikul tugas dan tanggungjawab dalam kerajaan negeri. Menurutnya, meskipun portfolio Pembangunan Industri dan Perdagangan Antarabangsa merupakan sesuatu yang baru bagi dirinya, beliau yakin akan melaksanakan tugasnya dengan sempurna dengan bantuan kerajaan negeri dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). “Saya mempunyai pengalaman dalam Koperasi dan Perhubungan Masyarakat tetapi perlu merujuk Ketua Menteri bagi dua portfolio lain. “Tetapi saya yakin akan memberikan perkhi:dmatan terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah, di sini, semalam. :Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota Exconya selepas pelantikan Mansor. Guan Eng berkata, antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai dan Law Heng Kiang.

SELAMAT BERMUKTAMAR !!!