Friday, July 31, 2009

ALFATIHAH! PRK DI DUN PERMATANG PASIR..


PERMATANG PAUH- YB Hamdan Abdul Rahman telah meninggal dunia semalam berikutan masalah jantung. Beliau yang sedang menerima rawatan dan dibawah pengawasan IJN telah kembali ke rahmatullah pagi tadi dan dijangka akan di kebumikan jam 5.00 petang ini di kampung Permatang Pasir. ALFATIHAH UNTUK BELIAU. Satu pilihanraya kecil dijangka akan berlaku di bawah Parlimen Permatang Pauh.Permatang Pauh mempunyai 3 DUN Penanti,Seberang Jaya dan Permatang Pasir. DUN Permatang Pasir di wakili PAS sejak 3 pilihanraya lepas 1999,2004,2008, yang menyaksikan DUN PAS memenangi ketiga-tiga pilihanraya sejak DSAI dipecat.Sejak itu Umno tidak pernah memenangi pilihanraya di DUN tersebut..YB Hamdan baru-baru ini dianugerahkan gelaran Dato oleh TYT baru-baru ini.Beliau dikenali sebagai seorang YB yang seringkali turun padang melihat masalah rakyat khasnya di Permatang Pauh,seorang yang begitu merendah diri dan senang di dekati oleh orang ramai.

Thursday, July 23, 2009

Chua menyampaikan ceramah pertama selepas masuk PKR


Bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng semalam menyampaikan ceramah pertamanya selepas keluar dari MCA di depan ratusan penyokong Parti Pakatan Rakyat (PKR) di Kuala Selangor.
Chua berkata keputusan meinggalkan parti berkenaan adalah satu tindakan yang tepat setelah melihat pelbagai propaganda yang dicetuskan oleh Barisan Nasional.

Tuesday, July 21, 2009

Kematian Teo dibunuh SPRM ; Teori Raja Petra


Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut. Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan. Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia. Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today. SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri. Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap. Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM. Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu. Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan. Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah. Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau. SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang. Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua. -translation by MSK (MatSamanKati)
by cheguBard

Monday, July 20, 2009

Pegawai Dan Kakitangan SUK Beri Penghormatan Terakhir Teoh




Kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock terus mendapat perhatian dan simpati daripada rakyat Selangor dan menuntut keadilan ke atasnya. Hari ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor turut menganjurkan rombongan untuk kakitangan dan pegawai kerajaan untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh yang disemadikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, tengah hari tadi.
Rombongan yang disertai kira-kira 50 pegawai dan kakitangan SUK bertolak kira-kira jam 10.30 pagi tadi, manakala sebahagian lagi sudahpun berada di kediaman Teoh di Kelemak, Alor Gajah, Melaka sejak awal pagi.
Mendiang sepatutnya mendaftar perkahwinannya di Melaka Sabtu lalu tetapi ditemui mati, dipercayai jatuh dari tingkat 14, pejabat Suruhanjaya Pencehagan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 1.30 petang sehari sebelumnya.
Kematiannya menimbulkan seribu tandatanya kerana Teoh dilapor telah dibebaskan selepas soal siasat SPRM jam 3.45 pagi dan kali terakhir dilihat di lobi pejabat itu jam 6 pagi, sebelum hilang dan ditemui mati di bahagian bumbung tingkat lima bangunan 20 tingkat itu.
Setiausaha Politik, Exco Perumahan Selangor, Rosly Abidin berkata sebelum kematian Teoh, kakitangan pejabatnya telah merancang untuk memberi hadiah dan menghadiri majlis perkahwinannya.
"Kami dari SUK, kerajaan mahu kakitangan dan pegawai kerajaan di sini untuk turut serta mengikut bas ke Semenyih."
"Sudah tentu kami memberi perhormatan terakhir, kami sangat ramai, jadi jika ada apa-apa bencana kami perlu beri sokongan kepada mereka," katanya.
Sementara itu, Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), turut memberi kerjasama mengiringi rombongan berkenaan ke tanah perkuburan tersebut.

Sunday, July 19, 2009

CHUA JUI MENG TINGGALKAN MCA! YANG LAIN BILA LAGI?


Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.
Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai PKR. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.
Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai PKR.
Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?
Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata ” jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan”.
Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.
Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.

Thursday, July 16, 2009

Tragedi Panas - Pembantu Exco jatuh bangunan


Kematian Teo Beng Hock Pasti Akan DipolitikanPOLITIK negara nampaknya kalut lagi. Konflit antara Pakatan Rakyat dengan BN tidak akan berakhir malah akan menjadi hangat dan panas. Kematian pegawai khas Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30 secara misteri hari ini yang dikatakan terjatuh dari tingkat 20 Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam.Walaupun kematian Beng Hock itu atas kehendaknya sendiri atau sebaliknya ia tidak dapat lari daripada akan diperkatakan dan dijadikan isu politik. Sudah barang tentu di pihak Pakatan Rakyat khususnya DAP tidak berpuas hati dengan kejadian itu yang menimbulkan berbagai tanda tanya.Selepas ini akan adalah tuntutan agar siasatan rapi dan terperinci dilakukan bagi memastikan punca kejadian itu. Akan adalah juga selepas ini tunjuk-tunjuk perasaan, protes, penyerahan memorandum dan sebagainya. Dalam sidang parlimen akan datang pastilah ianya akan dibangkitkan. Dan seperti biasa SPRM akan menjadi sasaran pembangkang dengan tohmahan-tohmahan yang perit untuk didengarinya.Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz meminta agar jangan dispekulasikan kejadian itu dan tunggu siasatan polis selesai dibuat namun ianya tidak mudah dipedulikan. Hari ini pun salah seorang Exco Selangor, Ronnie Liu telah mengamuk di pejabat SPRM ekoran kejadian itu, ingin mengetahui apakah punca kejadian malang itu.Beng Hock dipanggil ke pejabata SPRM semalam untuk disoal siasat berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang disalurkan kepada wakil rakyat. Wakil rakyat Selangor diperuntukan sebanyak RM500,000 setahun. Beliau disiasat hingga jam 3:00 pagi dan dijangka akan menyambung hari ini dengan mengemukakan beberapa bukti yang diminta.Seramai tujuh Adun Selangor termasuk Exco dari Pakatan, kesemuanya keturunan China disiasat oleh SPRM. Mereka ialah, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizebeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Chean Wing Yih (Damansara Utara), Edward Leu (Bukit Gasing).Disebabkan kesemua Adun yang disiasat itu keturunan Cina menyebabkan ada Exco mempersoalakan siasatan berkenaan sebagai sengaja dan bermotif tertentu. Bagaimana pun perkara itu telah dijelaskan oleh Pengarah SPRM Selangor, Mohd Shukri Abdullah siasatan itu adalah prosuder biasa bila mana ada laporan mengenainya.Menurutnya juga tidak perlu mana-mana pihak merasa gentar atau bimbang dengan siasatan itu kerana kalau mereka yang disiasat itu tidak bersalah mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebaliknya kalau didapati ada bukti melakukan kesalahan tunggulah di mahkamah.Seeloknya semua pihak tidak mudah membuat andaian-anaidan tertentu sebaliknya serahkan sahaja kepada SPRM tanpa prejudis terhadap tanggungjawab mereka. [d'kota kl. 9:15 pm 16/07/09]

Tuesday, July 7, 2009

SIDANG KHAS KEPADA DUTA DAN DIPLOMAT ANTARABANGSA - KES MAHKAMAH DS ANWAR






Satu sidang taklimat khas telah diadakan pada pagi ini di Hotel De Palma Inn oleh Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada lebih 45 diplomat antarabangsa sekitar Lembah Klang.Taklimat yang di pengerusi oleh YB Tian Chua turut dihadiri oleh Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Sdr Mustaffa Kamil Ayub dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, diantara lain YB Sivarasah, Sdr Edmund Boon dan Pn Lateefa Koya.
Sdr Mustaffa Kamil diantara lain telah memberikan satu gambaran tentang kepentingan kes mahkamah Datuk Seri Anwar kali ini yang mempunyai profail tinggi disebabkan DS Anwar adalah pengemudi barisan ahli parlimen yakni ketua pembangkang selain dari Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. Situasi politik baru sekarang dimana Pakatan Rakyat sedang mara ke Putra Jaya untuk mengambilaleh kerajaan sekarang selewat-lewatnya di Piliharaya Umum ke 13 kelak. Mustaffa Kamil juga menambah, kerajaan sekarang sedang dalam ketakutan dan pertuduhan mahkamah ini hanya akan merosakkan imej DS Anwar, itulah diantara tujuan dibuat keatas DS Anwar.
Sidang taklimat khas ini akan diadakan dari semasa kesemasa di atas keperluan apabila kes mahkamah ini berjalan kelak, mulai hari Khamis 8 Julai 2009 kelak.
Peguam YB Sivarasah diantara lain telah memberikan hujah tentang kes ini yang mempunyai "player" yang sama seperti Peguam Negara Ghani Patail, bukti-bukti yang sengaja diadakan (fabricated) serta kertas laporan pakar perubatan (dari HKL dan PUSRAWI) yang tidak sehingga hari ini tidak dapat dikemukakan kepada panel penguambela DS Anwar.
Turut sama menjawab soalan adalah Sdr Edmund Boon, memberitahu keyakinan barisan peguam DS Anwar didalam menghadapi kes nahkamah kali ini, turut menjawab soalan dari seorang diplomat, kes sebegini adalah jarang sekali didapati di mahkamah Malaysia.
Sumber: MediaRakyat/SAS www.shaiful-hulusgr.blogspot.com