Monday, February 27, 2012

SIAPA DALANG YG PERANGKAP DR BADRULAMIN?

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Sunday, February 26, 2012

TSUNAMI HIJAU DI KUANTAN !!

Sejarah Tercipta Di Kuantan lebih 20 ribu manusia yang berpakaian hijau kini sedang berhimpun di Kuantan Pahang kerana membantah projek mengeluarkan nadir bumi di Gebeng. Projek itu diusahakan oleh syarkat dari Australia Lynas Advanced Material Planat (Lamp) yang berharga RM700 juta didakwa membahayakan untuk kehidupan manusia. Himpunan hari ini adalah kemuncak kepada bantahan awam terhadap projek berkenaan. Kedegilan kerajaan untuk membatalkan projek itu menyebabkan gerakan khas ditubuhkan bagi membentuk kempen projek berkenaan

Friday, February 24, 2012

AYUH KE HIMPUNAN HIJAU 2.0 PADANG MPK4 KUANTAN AHAD @26 FEB 2012

KUANTAN, 24 Feb - Maklumat terkini diterima, selepas rundingan dengan pihak polis, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 (Kemunting), yang terletak lebih kurang dua kilometer daripada Padang MPK1. Padang MPK4 adalah lokasi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Kuantan satu ketika dulu. Difahamkan, pihak penganjur memberi dua syarat untuk berpindah ke lokasi tersebut, iaitu pertamanya tiada gangguan kepada semua peserta yang hadir dan kedua tiada pembatalan permit oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri. Jika kedua-dua syarat itu gagal dilaksanakan, maka perhimpunan terbabit akan tetap diadakan di Padang MPK1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini.