Wednesday, December 30, 2009

KHAIRY MELEPAS JAWATAN TIMBALAN MENTERI !

























Desas-desus sebelum ini yang menyatakan menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin dilantik timbalan menteri nampaknya tidak menjadi kenyataan. Jawatan Timbalan Menteri Pelancongan yang dilepaskan oleh Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib akan disi oleh anak kelahiran Sarawak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Beliau berkata pengganti Sulaiman akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. "Lebih kurang tapi tidak boleh umumkan lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Parti Demokratik Progresif Sarawak(SPDP) di Dewan Suarah Kuching di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai nama pengganti Dk Rahman Sulaiman, yang juga anak lelaki sulung Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan atas alasan peribadi.
Pada 10 Disember lalu, Abdul Taib berkata Sulaiman terlalu sedih selepas kehilangan ibunya, Puan Sri Laila Taib, yang meninggal dunia kira-kira enam bulan lalu.
Sulaiman, 41, yang juga Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 19 Mac 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri dan apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri April tahun ini, beliau dikekalkan.



Wednesday, December 16, 2009

TAHNIAH SENATOR TUAN SYED HUSIN ALI ~


KUALA LUMPUR, Dis 16 — Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di Bangunan Parlimen di sini.
Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lepas.
Ketika ditemui Bernama selepas majlis angkat sumpah itu, beliau melahirkan perasaan gembira dan berharap menyumbang idea yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. 

NAJIB KENA BERANI GUGURKAN WAIL RAKYAT YG TAK MAMPU MAIN PERANAN !


Masalah dengan sesetengah wakil rakyat ialah mereka tidak faham tugas hakiki masing-masing. Sesetengahnya menganggap tugas utama wakil rakyat sama seperti pegawai kebajikan masyarakat. Mereka berfikir rakyat akan mengukur kemampuan mereka menyelesaikan masalah orang miskin, longkang tersumbat dan berapa kerap mereka merasmikan mesyuarat PIBG atau memberikan sumbangan kepada kumpulan kompang.
Ya, itulah indikator yang digunakan suatu masa dulu. Hari ini rakyat Malaysia yang mempunyai kelas menengah yang besar meletakkan prestasi mereka sebagai anggota legislatif sebagai indikator utama - sejauh manakah mereka mampu membahaskan rang undang-undang di Dewan Rakyat, dan artikulatif terhadap apa saja isu-isu rakyat.

Monday, December 7, 2009

TG NIK AZIZ SEBUT DIA NAK BERDOA, SATU MSIA GEGAR !


TG Nik Aziz sebut dia nak berdoa saja, satu Malaysia sudah gegar. Digegarkan oleh media-media Umno/BN. Heboh satu Malaysia macam nak berlaku gempa bumi, hinggakan Tan Sri mufti dan Datuk bekas mufti pun berfatwalah, seperti yang dijangka dari ulamak-ulamak Umno/BN itu. 

Kah kah kah… lucunya Malaysia kita. Tapi sebenarnya tak lucu. Sikit pun tak lucu, kalau kita melihatnya dari satu perspektif yang saya maksudkan ini. Bahkan hebat sebenarnya! Apabila doa seorang manusia boleh menggegarkan sebuah negara. Saya melihatnya dari sudut ini. Dan ini sebenarnya cukup menarik. Dan istimewa! 

Adakah lagi di negara-negara lain dalam dunia ini yang seperti ini? Yang doa seorang pemimpin pembangkangnya begitu diberi perhatian, oleh media-media utama, dan boleh sampai menghebohkan suasana seluruh negara. Doa sahaja, bukannya apa! Hanya doa. 

TG Nik Aziz (dilaporkan) berkata dia nak berdoa supaya Allah musnahkan masa depan Perdana Menteri dan partinya, sekiranya Datuk Najib tetap enggan memberikan hak royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri Kelantan, seperti yang sepatutnya. 

Ia bukan sahaja menjadi berita utama media-media arus perdana, tetapi ia juga menjadi satu isu yang besar, yang perlu dicari ‘fatwa’ dari mufti-mufti dan bekas mufti; dan para menteri pun terpaksa membuat kenyataan. Memanglah kenyataan mereka itu mengecam dan merendah-rendahkan TG Nik Aziz. 

Tetapi itu semua menunjukkan apa? Itu semua menunjukkan mereka percaya kepada doa TG Nik Aziz Menteri Besar Kelantan itu. Mereka percaya bahawa doa TG Nik Aziz itu boleh memberi kesan. Kalau tidak, mereka takkan melatah melenting heboh satu negara. 

Datuk Najib yang sedang berada di luar negara, di Port of Spain, pun terpaksa memberi respon kepada kenyataan Tok Guru itu. Mereka bimbang kepada doa Tok Guru. Tapi hal itu pula menggembirakan saya. 

Sebab apa saya gembira? Sebab saya melihat TG Nik Aziz sekali lagi berjaya menonjolkan satu daripada aspek keimanan/ketaqwaan (agama Islam) yang menjadi sebahagian daripada dasar pentadbirannya, (yang selama ini kurang disedari dan difahami oleh orang ramai, khasnya yang di luar parti PAS). 

Pimpinan Umno/BN memang boleh saja mengatakan bahawa doa TG Nik Aziz itu gagal memberi kemenangan kepada PAS dalam pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang baru-baru ini; manakala dalam PRK Manek Urai sebelum itu PAS hanya menang dengan majoriti kecil. 

Mereka cuba hendak mengatakan bahawa doa TG Nik Aziz itu tidak akan dimakbul oleh Tuhan. Maka ‘fatwa’ mufti pun dikeluarkan untuk mengesahkan kenyataan mereka itu, dengan alasan kononnya tindakan Nik Aziz itu tidak selaras dengan ajaran Islam. 

Nik Aziz pula menegaskan bahawa dia bersedia untuk berdialog dengan sesiapa saja ulamak yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Bagus. 

Kalaulah ada ulamak berkenaan yang mahu menyambut cabaran TG Nik Aziz itu, alangkah bagusnya. Biarlah kita jangan berselindung dengan ilmu dan ajaran Islam yang sebenar, ‘kan! Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pentadbiran TG Nik Aziz selama 19 tahun mentadbir Kelantan, perkara ini bukanlah satu perkara baru. 

Ini memang satu daripada pendekatan yang biasa dilakukan oleh TG Nik Aziz, khasnya apabila dia berhadapan dengan masalah atau krisis yang besar dan rumit, yang melibatkan rakyat negeri Kelantan dalam keadaan dizalimi atau dianiaya. Satu daripada peristiwa atau krisis besar yang pernah diatasi dengan cara atau strategi “berdoa”, dan berjaya, ialah krisis pampasan empangan janakuasa Pergau, yang melibatkan syarikat Tenaga Nasional Berhad di pihak kerajaan pusat. 

Selain daripada berdoa, pendekatan tersebut selalunya akan menghimpunkan rakyat dalam jumlah yang ramai, hingga memenuhi Stadium Sultan Muhamad, Kota Bharu, misalnya, untuk melakukan solat hajat. Dan pernah solat hajat beramai-ramai itu dibuat di waktu dinihari jam 4.30 pagi. Berdoa dan solat hajat memang sudah menjadi sebahagian penting dalam program dan pendekatan pentadbiran yang digunapakai oleh TG Nik Aziz. Yang terakhir sebelum ini ialah pada 1 Ramadhan lalu, di pekarangan Stadium (Qaryah Ramadhan), kerana memohon Allah SWT agar menyelamatkan rakyat daripada wabak H1N1. 

Kebetulan saya pun sempat hadir dalam majlis yang diadakan sejurus sebelum sahur itu. Sekarang rakyat Kelantan sedang dizalimi oleh kerajaan pimpinan Najib, yang enggan memberikan apa yang menjadi hak mereka dalam royalti minyak. 

Tentunya mereka hanya menanti Tok Guru menyebutkan tarikhnya sahaja, dan mereka akan berkumpul barangkali yang paling ramai dalam sejarah solat hajat di Kelantan. Sama-samalah kita tunggu! Memang ini sesuatu yang sangat menarik. 

Bagaimana sebuah pimpinan politik boleh mengajak rakyatnya beramai-ramai; “Mari kita pergi kepada Allah, dan kita mengadu kepada Dia yang kita telah dizalimi, dan kita minta tolong kepada Allah, kerana hanya Dia yang boleh menolong kita, kerana Dia maha berkuasa.” Saya tidak tahu apakah perkara yang seperti ini ada juga dilakukan di tempat lain di mana-mana dalam dunia ini. Sebuah kerajaan yang mengamalkan satu sistem pentadbiran yang di dalamnya terdapat suatu program yang berkomunikasi langsung dengan Tuhan yang ghaib. 

Program ini juga boleh dijadikan satu strategi untuk menghadapi pihak “lawan” yang cuba berbuat zalim kepada rakyatnya. Dan dalam sejarah amalan strategi solat hajat dan doa ini pun, barangkali inilah kali pertama TG Nik Aziz akan berdoa supaya Allah melaknat atau memusnahkan masa depan seorang Perdana Menteri Malaysia, bersama dengan partinya. 

Maka sangat menariklah jadinya untuk kita mengikuti perkembangan “perang cara ghaib” ini yang selanjutnya. Bagaimanakah pihak Perdana Menteri Najib dan panglima-panglimanya akan menghadapi strategi dan taktik perang yang entah kuno entah moden entah “avant-garde” ini. Syabas Tok Guru! (Memang patutlah Zaid Ibrahim cadangkan Tok Guru jadi Pengerusi Pakatan Rakyat.) 

Friday, December 4, 2009

DS ANWAR - TOP GLOBAL THINKERS












Anwar telah membuktikan beberapa kali apabila karisma kepimpinan dan pemikirannya telah diktiraf perbagai badan dunia. 
Baru ini dalam senarai tokoh Islam dunia paling berpengaruh Anwar tersenarai dalam dalam carta kategori ahli politik malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga turut tersenarai sebagai tokoh agama. Juga pernah tersenarai dalam 100 tokoh pemimpin berpengaruh sedunia oleh TIMES. 
Terkini Anwar tersenarai di tangga ke 35 oleh 'agensi Foreign Policy' sebagai pemikir sejagat. Kofi Annan menduduki tempat ke 30 didalam senarai tersebut. Juga Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menduduki tempat pertama. 
Sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan memperjuangkan demokrasi dan hak rakyat, tidak hairanlah DSAI senantiasa menjadi sebutan seluruh dunia.
Syabas kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia.

Thursday, December 3, 2009

PUSAT TUISYEN RAKYAT PERCUMA UTK PELAJAR SPM 2010 DI BUKA UTK PENDAFTARAN




Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2010 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) kini telah mula dibuka untuk pendaftaran baru dalam kalangan calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) tahun depan. 

PTRS yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan itu merupakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang terbuka kepada semua pelajar Tingkatan Lima. 
Koordinator PTRS DUN Batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman berkata, Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali telah membuka pendaftaran untuk PTRS untuk calon SPM 2010 dan tiada sebarang yuran akan dikenakan untuk proses pendaftaran. 
“PTRS juga satu cara untuk membantu ibu bapa yang kurang berkemam puan untuk menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen di luar kerana mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk membayar yuran. 
“Mereka (calon SPM) kini boleh mendapatkan borang pendaftaran atau mendaftar terus untuk mengikuti program ini di Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali dan akan terus dibuka sehingga program dimulakan tahun depan,” katanya. 
Katanya lagi, semua ibu bapa mengambil kesempa tan untuk menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen percuma itu kerana ia dikendalikan guru yang berpengalaman dan apa yang lebih penting, ia adalah percuma. 
“Ia akan melibatkan semua subjek utama dalam peperiksaan SPM seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan subjek lain dan ia akan dikelolakan oleh guru yang berpengalaman dalam subjek masing- masing. 
“Semua pelajar harus belajar secara konsisten serta menumpukan perha tian semasa di dalam kelas dan dengan adanya program PTRS ini diharap akan dapat membantu semua calon SPM meningkatkan tahap kualiti pembelajaran mereka,” katanya. 
Beliau menambah, tuisyen SPM secara percuma yang dianjurkan kerajaan negeri itu adalah satu produk terbaik untuk semua masyarakat menyertainya terutama calon SPM bagi meringankan keluarga yang kurang berkemampuan. 
Semua pelajar dan ibu bapa yang berminat boleh terus menghubunginya di talian 0193291967 untuk pertanyaan dan urusan pendaftaran.