Friday, December 28, 2012

Tahniah! Khairul Fahmi & Leuniey Kini Sah Bergelar Suami Isteri Bahagia Dengan Sekali Lafaz…

Tahniah! Khairul Fahmi & Leuniey Kini Sah Bergelar Suami Isteri Bahagia Dengan Sekali Lafaz…

Thursday, November 8, 2012

Najib masuk mesjid Bukit Indah... rasmi program

Majlis pelancaran Yayasan Pondok 1Msia telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam kawasan solat Masjid Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor petang tadi .


Kira-kira 500 warga pondok dari 109 pondok di seluruh negara hadir dan bersama Dato’ Sri Mohd Najib menunaikan solat Asar berjemaah.
Pada majlis itu juga Perdana Menteri menyampaikan tiga anugerah iaitu Anugerah Tokoh Pondok 2012 kepada pengasas dan mudir pondok, tiga Anugerah Pondok Contoh 2012 dan 10 pondok menerima sumbangan daripada Dato’ Sri Mohd Najib menerusi Anugerah Kasih.

Sebelah pagi diadakan karnival pondok melibatkan beberapa jabatan dan agensi bawah Jabatan Perdana Menteri seperti Jakim, Yapeim, Yadim dan sebagainya.

Senator Dato’ Dr Mashitah berkata, program itu bukan bersikap ‘one off’, sebaliknya akan berterusan setiap tahun termasuk merancang mengadakan Konvensyen Pondok-Pondok Nusantara, program mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan ukhuwah.



Monday, October 29, 2012

PR MAMPU TADBIR KERAJAAN PUSAT BARU ~ ANWAR


KUALA LUMPUR 29 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah.
Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.
“Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah,” katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media.
Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar.
“Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab,” ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.
Anwar sekali lagi mengulangi ikrar untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan menawan Putrajaya selain membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Jelajah itu turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar.
Hadir sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Negeri, Shuhaimi Shafiei; Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.
Terdahulu, Jelajah Merdeka Rakyat mengunjungi penduduk Pekan Sungai Besi.
Selepas selesai di DUN Permatang, rombongan kemudian ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Jelajah diteruskan dengan solat dan tazkirah maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum bergerak ke Pekan Rasa.
Pada jam 9 hingga 12 tengah malam, program diteruskan dengan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor.
Penceramah terbabit termasuk Anwar, Khalid, Azmin, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden, N Surendran.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38550

Wednesday, September 19, 2012

ISLAM SENTIASA DI HATI SAYA ~ ABBY ABADI

HULU BERNAM - Walaupun dunianya sebelum ini dikelilingi hiburan yang dianggap melekakan namun dia bersyukur kerana ALLAH SWT mencampakkan hidayah dalam hatinya.

Itulah detik perubahan yang membawa dunia Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan ke arah dakwah keagamaan dan jauh meninggalkan popularitinya sebagai selebriti.
“Agama sentiasa ada dalam hati saya.
“Walaupun saya leka dalam dunia selebriti tetapi saya bersyukur ALLAH berikan hidayah dan memberi peluang saya berubah,” katanya ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 penduduk dan penyokong Pas di Dataran Berop, dekat sini.
Abby, 35, dijemput oleh Pas Cawangan Berop, Tanjung Malim, Perak untuk berkongsi pengalaman hidupnya dan penghijrahannya ke dunia politik.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Misbahul Munir, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjung Malim, Salam dan Ketua Pas Cawangan Berop, Daud Husain.
Turut hadir, Ketua Ulama Pas Kawasan Tanjung Malim, Baharuddin dan Ketua PKR Cabang Tanjung Malim, Mejar B Kamal Badri.

Sunday, July 1, 2012

Mandar rakyat kpd Abdullah Badawi dlm PRU lepas...


KUALA LUMPUR: Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu.

Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan.

"Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib. Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan rakyat.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pihaknya bersetuju dengan hasrat tersebut, dan meminta Najib menyatakannya secara 'akujanji' tentang tempoh lima tahun tersebut.

"Jika benar beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum selepas tamat tempoh penggal yang diberikan, adalah lebih baik jika ia memberi jaminan secara akujanji," tegas beliau lagi.

Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu lagi, dengan hasrat Najib itu juga dilihat mampu menguruskan soal peruntukan negara membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara lebih berkesan.

Sebelum ini, dalam bajet tambahan yang dibentangkan di parlimen, kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada badan pengendali pilihan raya itu.

"Kalau ditetapkan tarikh pilihan raya seperti tepat pada tempoh mandatnya, banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih mudah, termasuk wang peruntukkan yang diberikan kepada pihak berkaitan," tegas Mahfuz.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Najib itu, walaupun ia sebenarnya menunjukkan sikap serba salah beliau yang sehingga kini tidak boleh menetapkan tarikh pembubaran parlimen.

"Bagaimanapun, apapun alasan beliau, kita terima kerana ia lebih memudahkan semua pihak untuk persiapan menghadapi pilihan raya," kata beliau yang dihubungi, hari ini.

Najib, dalam kenyataannya malam tadi menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/07/rakyat-beri-mandat-kepada-abdullah.html#ixzz1zNnLdutC

Sunday, June 17, 2012

Mangsa banjir Batang Kali terima bantuan kerajaan negeri dari MB


HULU SELANGOR, 16 JUN : Seramai 719 orang penduduk di 10 buah kampung kawasan DUN Batang Kali hari ini menerima sumbangan bantuan banjir daripada Kerajaan Negeri.
Seorang penerima dari Kampung Penjuru, Ng Tong Bit, 82, mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut sambil menyatakan ia sedikit sebanyak dapat membantu kos kerugian yang ditanggungnya.
“Saya gembira dapat menerima bantuan ini kerana kita orang miskin dan memerlukan bantuan untuk membaiki rumah,” katanya apabila ditermui.
Majlis pemberian sumbangan itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Exco-exco Selangor iaitu Dr. Xavier Jayakumar dan Rodziah Ismail di Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah, Batang Kali di sini.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail serta Pegawai Daerah Hulu Selangor, Norhisyam Ahmad Dahlan.
Abdul Khalid di dalam ucapannya turut menyatakan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 3 juta bagi setiap daerah bagi tujuan kecemasan.
“Kita menyediakan peruntukkan untuk diagihkan tanpa sebarang birokrasi di setiap daerah apabila berlaku sesuatu bencana,” katanya.
Seorang lagi penerima, Abdul Aziz Lamon, 68, menyifatkan banjir yang berlaku itu adalah yang terburuk sepanjang beliau duduk di situ.
“Kawasan ini pernah banjir namun ianya tidaklah seteruk kali ini dan saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang termasuk barang-barang keperluan sekolah anak-anaknya,” katanya sambil mengucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

Saturday, June 9, 2012

Tahniah Senator Syed Shahir


Bekas Presiden MTUC antara 5 dilantik senator
Yang Dipertua Dewan Negara beramah mesra dengan Ahli Dewan Negara
yang baru dilantik di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Ketua Wanita MCA Pahang Datuk Lim Nget Yoon, 56, merupakan antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen hari ini.
  
Kelima-lima mereka dilantik sebagai Senator buat kali pertama untuk penggal tiga tahun.
  
Empat lagi yang dilantik ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Marang Toh Puan Zaitun Mat Amin, 55, Ketua Wanita Umno Bahagian Bentong Roslin Abdul Rahman, 52, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan & Sekutu, Syed Shahir Syed Mohamud, 60, dan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Ariffin S.M. Omar, 62.
  

Pelantikan Dr Ariffin dan Syed Shahir diusulkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menggantikan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff yang tamat perkhidmatan pada 30 Mei lepas.

Wednesday, June 6, 2012

Dua ahli panel Hanif letak jawatan, lagi mahu perang video......

KUALA LUMPUR: *Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein tidak wajar melancarkan perang video tetapi sewajarnya membubarkan Panel Hanif selepas dua anggotanya meletakkan jawatan. Langkah ini perlu dibuat Hishamudin selepas perletakan jawatan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah yang telah menarik diri daripada keahlian panel itu.

Saturday, May 26, 2012

Menteri dabik dada dapat jual WWW plat no...rakyat sengsara dibebankan berbillion ringgit...

Yang dituntut oleh rakyat ialah penyelesaian skandal KLIA2 yang bernilai RM3.9 billion, skandal RM12.5 billion PKFZ dan skandal RM12.49 bilion lebihan kos projek landasan keretapi berkembar EDTP.


Tetapi yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha ialah mendabik dada kerana berjaya menjadi penjual nombor plat kenderaan WWW.

Inilah kehebatan seorang Menteri dari MCA dan Barisan Nasional yang diamanahkan oleh negara untuk menjaga kepentingan rakyat, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

“Rakyat Malaysia tidak perlukan seorang Menteri Pengangkutan yang cuma berminat melaporkan jumlah lelongan nombor plat WWW daripada menyelesaikan isu besar yang dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Kong tidak berwibawa kerana gagal melindungi dan mempertahankan kepentingan awam melibatkan isu skandal berbilion ringgit, sebaliknya, beliau telah mengadakan beberapa sidang akhbar bagi mengumumkan nilai rekod bidaan tertinggi bagi plat kenderaan WWW yang mencecah RM11.3 juta seperti mana yang dilaporkan Bernama.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berlata, Kong sepatutnya menjelaskan kepada rakyat tentang kenaikan mendadak nilai “terminal kos rendah” KLIA2 dari RM1.7 billion pada 2007 kepada RM3.9 billion tahun lalu adalah akibat penukaran tapak KLIA2 ke kawasan paya gambut.

“Walaubagai mana pun, kenaikan RM2.2 billion tersebut yang membebankan rakyat dijawab Kong yang hanya berkata ‘saya tidak mempunyai jawapan kerana keputusan tersebut tidak dibuat oleh Kementerian Pengangkutan’, ” tambah beliau.

Sunday, May 13, 2012

PRU13 MAKIN JELAS....


SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen. 
Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun. 

Friday, May 11, 2012

PASCA BERSIH 3.0 @BKT BERUNTUNG ~11MEI'12 JUMAAT 9MLM @PADANG BOLASEPAK BKT BERUNTUNG (BELAKANG ESSO)

Kepada teman-teman sila ke Padang Bolasepak Bkt Beruntung (belakang stesyen minyak ESSO) selepas tol Bkt Brtg ambik kanan dan terus kekiri selepas Petronas dan Esso....


Himpunan malam ini adalah gerakerja kaum India yang menjadi penyokong dan pendokong PKR dari tahun 2002 lagi... Insyallah selepas pertemuan dgn penyokong di Dataran Sg Tenggi, DS Anwar akan bersama dgn seluruhh warga Bukit Beruntung, Bkt Sentosa, dari Sg Choh hingga ke Batang Kali, Kalumpang, Hulu Bernam.... Sila datang beramai-ramai...Parlimen Hulu Selangor adalah milik Pakatan Rakyat! Pengundi baru 15000 telah dikenalpasti... Pilih lah calon tempatan kita !

Friday, April 20, 2012

PENERIMA BA1M ~ SEKIM BANTUAN ARTIS 1 MALAYSIA =ZAHIDA PANDAN INDAH

JOM KE DATARAN SHAH ALAM SABTU 21APR'12 3PTG

sILA MAKLUM, esuk SABTU 21 Apr'12, kelas demokrasi UNIVERSITI DATARAN MERDEKA bercuti sempena majlis keraian santapan diraja ~ harap maklum, kelas kembali bersidang pada 3 ptg AHAD 22Apr'12... Sila bawa khemah, baju sejuk dan makanan sendiri...
Sebalik...nya ~ sila datang ke Dataran Shah Alam SABTU 21Apr'12 3ptg utk bersama dgn PRORAKYAT dan alumni BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan bakal peserta BERSIH 3.0..

Mari meriahkan PESTA PRA BERSIH 3.0 bersama Radhi OUG dan AMIN BLACK........

Sunday, April 8, 2012

DEMO ANTI-PTPTN DATARAN MERDEKA 2 PTG ~ 14 APRIL

SHAH ALAM 08 APRIL : Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan memberi sokongan penuh pada demo Anti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang akan diadakan pada 14 April depan.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata AMK akan mengerakkan seluruh jenteranya sendiri bagi menyokong mahasiswa dan ‘mangsa’ hutang pinjaman PTPTN itu.
“Dalam perbincangan bersama aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim semalam, kami membuat keputusan untuk turun padang bersama mahasiswa dan mangsa PTPTN itu sendiri sebagai rangsangan terhadap mereka,” katanya.
Demo Anti PTPTN itu akan diadakan di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.
Sebelum ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan ‘mangsa’ hutang pinjaman PTPTN akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.
Tambah Shamsul, AMK akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) sebelum demo itu bagi membincangkan mengenainya.
Katanya, AMK juga akan bergabung tenaga dengan DPP dalam demo itu nanti.
“Dataran itu akan dijadikan sebagai medan perhimpunan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung pemansuhan pinjaman PTPTN.
“Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN,” katanya.
Perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.

Monday, February 27, 2012

SIAPA DALANG YG PERANGKAP DR BADRULAMIN?

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Sunday, February 26, 2012

TSUNAMI HIJAU DI KUANTAN !!

Sejarah Tercipta Di Kuantan lebih 20 ribu manusia yang berpakaian hijau kini sedang berhimpun di Kuantan Pahang kerana membantah projek mengeluarkan nadir bumi di Gebeng. Projek itu diusahakan oleh syarkat dari Australia Lynas Advanced Material Planat (Lamp) yang berharga RM700 juta didakwa membahayakan untuk kehidupan manusia. Himpunan hari ini adalah kemuncak kepada bantahan awam terhadap projek berkenaan. Kedegilan kerajaan untuk membatalkan projek itu menyebabkan gerakan khas ditubuhkan bagi membentuk kempen projek berkenaan

Friday, February 24, 2012

AYUH KE HIMPUNAN HIJAU 2.0 PADANG MPK4 KUANTAN AHAD @26 FEB 2012

KUANTAN, 24 Feb - Maklumat terkini diterima, selepas rundingan dengan pihak polis, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 (Kemunting), yang terletak lebih kurang dua kilometer daripada Padang MPK1. Padang MPK4 adalah lokasi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Kuantan satu ketika dulu. Difahamkan, pihak penganjur memberi dua syarat untuk berpindah ke lokasi tersebut, iaitu pertamanya tiada gangguan kepada semua peserta yang hadir dan kedua tiada pembatalan permit oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri. Jika kedua-dua syarat itu gagal dilaksanakan, maka perhimpunan terbabit akan tetap diadakan di Padang MPK1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini.

Thursday, January 26, 2012

TUDUHAN PUTARBELIT DARI NOH OMAR

TANJONG KARANG – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak gagal seperti mana dijelaskan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, sekaligus menafikan tuduhan liar pembangkang.


Malah beliau berkata, syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih.

Katanya, punca lembu tidak dapat disembelih ialah kerana tiada pusat penyembelihan yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan kerana rumah penyembelihan yang dibina NFCorp hanya terhad kepada 100 lembu sehari sahaja.

“Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing, semalam.

Noh mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak menyebut perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan
pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan berkata, perkataan ini digunakan oleh pihak lain dan JAN tidak dipertanggungjawabkan.

Namun begitu, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.

"Nak membersihkan tapak ini sahaja yang dibuat melalui tender terbuka mengalami kelewatan setahun iaitu sepatutnya bermula pada 2007 tetapi dilaksanakan pada 2008," katanya.

Beliau berkata, pertikaian yang ditimbulkan pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai jelas menunjukkan mereka keliru.

Katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.

Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut bagi mendapatkan persetujuan antara kedua belah pihak.

“Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut,” katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.

“Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian. Malangnya, pembangkang memutarbelitkan isu ini di dalam ceramah, blog dan surat khabar sehinggakan mengelirukan rakyat keliru dan menganggap projek ini milik kroni menteri.

“Saya berpendapat, langkah kerajaan dengan melantik sebuah firma audit bebas untuk menilai projek itu bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik dan memberikan gambaran sebenar berhubung projek berkenaan," katanya.

Penubuhan audit bebas ini juga katanya, akan dapat memperbetulkan salah faham terhadap kerajaan dan mengembalikan imej NFCorp yang dicemari tuduhan pihak tidak bertanggungjawab.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

JEMPUTAN PALSU SERATAI HIMPUN PENANG

Surat "rasmi" yang memaparkan logo kerajaan Pulau Pinang dan


didakwa ditandatangani oleh pengerusi jawatankuasa halehwal Islam negeri,

Abdul Malik Abdul Kassim sedang disebarkan kepada beberapa jawatankuasa

masjid, meminta mereka menghadiri perhimpunan besar-besaran umat Islam di

Kepala Batas pada hari Sabtu.

Abdul Malik (kanan), bagaimanapun, menafikan pernah mengeluarkan surat

seperti itu dan telah membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan kepala

surat kerajaan negeri.

Friday, January 20, 2012

PELABUR RUGI 1 JUTA BILA JALA IKAN BOLOS

BUKIT MERTAJAM - Hasrat lebih 1,000 individu untuk menikmati hasil pelaburan terbantut malah mereka kerugian lebih RM1 juta apabila seorang pengusaha skim cepat kaya yang disertai mereka melarikan diri, baru-baru ini. Semua peserta itu melabur wang tunai melalui skim diberi nama 'Pelaburan Jala Ikan' yang menjanjikan pulangan lumayan RM450 setiap bulan. Bagi menerima bayaran itu, peserta perlu membuat pelaburan tunai RM1,450 dan hasil keuntungan hanya diberi untuk tempoh lapan bulan sahaja. Ketika mereka sepatutnya menerima bayaran itu, pengusaha terbabit menghilangkan diri yang menyebabkan peserta pelaburan itu baru sedar yang mereka telah menjadi mangsa penipuan.

Salah seorang mangsa skim itu, N. Rajendaran, 51, daripada Taman Selasih, Kulim berkata, dia setuju menyertai skim itu dengan pelaburan sebanyak RM13,050 pada 30 November lalu. "Saya diberi pelbagai janji manis supaya menyertai skim itu. Akhirnya saya buat pelaburan sebanyak itu dengan harapan mendapat keuntungan lebih besar," katanya ketika ditemui di sini semalam. Dia antara empat daripada 1,000 orang yang membuat laporan polis setelah menjadi mangsa penipuan skim itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) semalam. Skim itu mula diperkenalkan di sini bulan Februari tahun lepas dan disertai oleh ramai kakitangan kerajaan dan syarikat swasta. Rajendran berkata, dia sanggup menyerah wang sebanyak itu kepada seorang wanita yang dikatakan menjadi kerani pada skim pelaburan tersebut.

"Sepatutnya saya menerima wang keuntungan itu pada masa yang ditetapkan malangnya, pengusaha berkenaan telah pun menghilangkan diri," katanya sedih. Seorang lagi mangsa dikenali sebagai, Selvam, 42, dari Taman Kota Permai, Bukit Mertajam berkata, dia sedih kerana membuat pelaburan melebihi RM50,000 setelah membuat pinjaman dari sebuah bank tempatan. "Saya sanggup buat pinjaman dari bank itu kerana pihak pengusahanya menyediakan dokumen perjanjian lengkap. "Saya alami kerugian besar dan kena bayar balik pinjaman kepada bank selama 15 tahun," katanya. Menurut Selvam, pengusaha lelaki terbabit sanggup datang ke rumahnya pada awal bulan November lalu dan menegaskan pelaburan diperkenalkan itu adalah yang terbaik untuk masyarakat India di negeri ini.

Seorang pelabur termuda dalam skim itu, Ang Seew Keing, 23, dari Kubang Semang pula berkata, dia sanggup menyerah wang sebanyak RM20,300 kepada wanita berkenaan sebelum ia menyerahkan kepada pengusaha skim tersebut. "Saya hanya sempat melabur RM20,300 sahaja dalam skim itu dan sebanyak RM10,300 telah dapat semula dan sehingga ini bakinya RM9,000 dilarikan oleh lelaki itu," katanya. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah, Asisten Komisioner Ridzuan Nor Ihsanketika dihubungi berkata, pihaknya menerima empat aduan daripada beberapa mangsa pelabur skim itu di negeri ini. "Polis akan menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima aduan tersebut," katanya.

Wednesday, January 11, 2012

Ceramah Pakatan Rakyat sempena Konvensyen PR

PETALING JAYA, 11 Jan: Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah, pada 14 Januari ini, ternyata berbeza berbanding konvensyen pertama dan kedua di Shah Alam dan Kepala Batas pada 2009 dan 2010 lalu.

Jika pada konvensyen pertama dan keduanya tidak terdapat program pra konvensyen, pada kali ini acara tersebut turut disusun oleh pihak penganjur.
Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Induk Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3, Datuk Mahfuz Omar (gambar) memberitahu, program tersebut akan diadakan pada malam 13 Januari (Jumaat) bermula jam 9.00 malam di setiap kawasan Parlimen di Kedah.
Bercakap pada sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat, di sini, hari ini yang turut dihadiri AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad; Naib Presiden PKR, N Surendran dan Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai; beliau menjelaskan, kesemua program yang disusun itu merupakan program ceramah yang melibatkan tokoh-tokoh penting Pakatan Rakyat.
Bagi ceramah di kawasan Langkawi yang akan diadakan di Surau Kuala Melaka, Dun Ayer Hangat, penceramah terbabit terdiri daripada Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Di kawasan Jerlun yang akan diadakan di Markas UPU Kerpan, Ayer Hitam, penceramah terbabit terdiri daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah dari PAS negeri Kedah.
Bagi kawasan Padang Terap yang akan diadakan di Kampung Rambutan, Kuala Nerang, penceramah terbabit terdiri daripada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Manakala ceramah di kawasan Pokok Sena yang akan diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Baru, Pekan Pokok Sena, penceramah terbabit terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Fuziah Salleh dari PKR.
Ceramah di kawasan Kuala Kedah yang akan diadakan di Markaz PAS Telok Bagan akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat, Mohamed Hanifa Maidin, Rafizi Ramli dari PKR dan Ngeh Koo Ham dari DAP.
Bagi kawasan Pendang yang melibatkan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, R Sivarasa dari PKR dan Mohamed Hanipa Maidin, program ceramahnya akan diadakan di Tapak Pasar Sehari di Tanah Merah.
Sementara ceramah bagi kawasan Sik yang akan diadakan di MTD Belantik di Pekan Sik pula, penceramah terbabit terdiri daripada Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi PKR Terengganu, Tuan Azan Ismail dan Ustazah Aishah Ghazali dari PAS negeri Kedah.
Di kawasan Jerai, ceramah yang akan disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan, Dr Xavier Jayakumar dari PKR dan Dr Ismail Salleh dari PKR akan diadakan di Sungai Tok Pawang di Bedong.
Untuk ceramah di kawasan Merbok yang akan diadakan di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai, penceramah terlibat terdiri daripada Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Nga Kor Ming dari DAP dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dijadualkan menyampaikan ceramah di Sungai Petani yang akan diadakan di Taman Seri Pinang, Sungai Petani.
Bagi ceramah di kawasan Baling yang akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat, Abdul Wahid Endut, bekas Menteri Kesihatan, Dr Chua Jui Meng dari PKR dan M Kulasegaran dari DAP, program ceramahnya akan dilangsungkan Malau, Kuala Ketil dan Pekan Baling.
Program ceramah di Padang Serai pula akan diadakan di Dewan Chee Tean Khor di Padang Serai dengan penceramah terbabit terdiri daripada Datuk Husam Musa dan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dari PKR.
Bagi program ceramah di kawasan Kulim Bandar Baharu yang akan dilangsungkan di Dewan Bandaran Kulim membabitkan tiga orang penceramah yang terdiri daripada AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Tony Pua dari DAP.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Tuesday, January 10, 2012

Doa di makbulkan..

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadinya. Kemenangan yang mengejutkan banyak pihak ini meningkatkan moral Anwar, partinya dan seluruh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Anwar memperolehi kemenangan dalam hal melibatkan imejnya yang terjejas ekoran dakwaan liwat ini.

Penegasan Anwar kini bukan hanya disampaikan melalui retorik tetapi telah diputuskan oleh mahkamah.

Marilah kita sama-sama berdoa untuk kemenangan Pakatan Rakyat yang lebih memberansangkan didalam PRU13 nanti ~ The MEdia 4Rakyat MALAYSIA