Monday, November 16, 2009

TS KHALID - UMNO PUN SOKONG PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Tan Sri Muhammad Muhd Taib - bekas menteri besar Umno - mengakui bahawa perubahan dan kepimpinannya yang membuat reformasi di Selangor, menyukarkan parti itu untuk menguasai semula negeri itu.
Khalid yang juga pengerusi PKR negeri mendakwa Mat Taib telah berjumpa dengannya beberapa hari sebelum konvenshyen ini berlangsung.
"Dua tiga hari yang lepas, Tan Sri Muhd Taib datang jumpa saya, dia kata 'Khalid kalau macam ini habis lah kita'.
"Kalau macam ini, bekas menteri besar itu kata, 'wah dalam masa 20 tahun kami memerintah, dalam masa 20 bulan kamu boleh tunjukkan keupayaan PKR. Ini satu penghormatan kepada kita," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menggulung konvensyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam petang ini.
Muhammad Muhd Taib menjadi menteri besar Selangor selama 11 tahun mulai 1986.
Dalam pertemuan itu, beliau mendakwa Muhd Taib(kanan) mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar di negeri itu.
"Tapi kita kata nanti dulu. Saudara tahu tentang reformasi atau tidak. Kalau saudara tidak faham tentang reformasi, nanti saya susah. Kalau orang dalam tidak reti, tambah lagi orang luar," katanya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 500 perwakilan.
Dalam ucapannya juga, Khalid juga turut menyentuh mengenai perletakkan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menjadi 'mesra BN' akhir bulan lalu.
Katanya, tindakan Badrul Hisham itu tidak melemahkan parti itu untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Badrul bila lompat di Pelabuhan Klang, macam kita hilang satu parti. Ia tidak ada kena mengena. Dia hilang pun kita tak tahu. Kita pun tak kisah dia hilang.
"Hendak hilang, hilanglah tak jadi masalah. Itu kekuatan kita. Yang jadi masalah orang yang belah sana... Kalau (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo rasa Badrul adalah kawannya, tahap dia (pun) macam Badrullah," katanya mengundang gelak ketawa hadirin sekali lagi.
Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menyentuh kejayaan Pakatan Rakyat mengurus dan mentadbir Selangor dalam usaha untuk merakyatkan ekonomi negeri itu.
Katanya, kejayaan membawa perubahan dalam negeri Selangor telah mendapat pujian rakan dan lawan bahawa PKR dan Pakatan Rakyat boleh mentadbir negeri ini, hasil usaha bekerja dalam satu pasukan.
"Sokongan menggembirakan daripada rakyat, dan mereka merasakan kita sebahagian daripada mereka.
"Sokongan daripada DAP dan PAS, walaupun ada soal-soal yang cuba melagakan kita, cuba menimbulkan keadaan yang tak tenteram, tetapi kita dapat bekerja dalam satu pasukan," katanya.
Khalid berkata, kejayaan PKR dalam melakukan reformasi di negeri itu akan lebih nyata sekiranya dapat bekerja dalam satu pasukan.

MalaysiaKini/-

Sunday, November 15, 2009

ZAID IBRAHIM - TG NIK AZIZ JADI PENGERUSI PR, DS ANWAR JADI PM PAKATAN RAKYAT




KOTA BHARU, Nov 15 — Cadangan melantik Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) mendapat reaksi positif di kalangan pemimpin parti itu namun ia menjadi polemik di kalangan pimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ini kerana semua beranggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ketua umum Pakatan Rakyat selama ini. Namun apabila Datuk Zaid Ibrahim mencalonkan Nik Aziz, semua melihat ia satu cadangan yang wajar.
“Saya setuju Nik Aziz menjadi ketua Pakatan Rakyat jika dipersetujui oleh para pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat,” kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.
Kenyataan Mustafa penting  kerana beliau sebagaimana presiden dan timbalan presiden PAS dilihat berbeza kumpulan dalam PAS. Nik Aziz dilihat sentiasa menyerang beliau. Apabila dia sendiri bersetuju dengan cadangan ini, ia satu yang positif dalam mendekatkan perbezaan dalam PAS.
Cadangan Zaid juga datang ketika Anwar berhadapan dengan dakwaan di mahkamah. Jika beliau didapati bersalah, berlaku satu lompang besar dalam PKR dan juga Pakatan Rakyat.
Sekurang-kurangnya dengan cadangan Zaid ini, ia boleh mengisi lompong dalam Pakatan andainya itu yang terpaksa dihadapi Anwar.
Namun, apakah Nik Aziz yang bakal dinamakan sebagai perdana mentri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang? Seorang pemerhati politik mencadangkan Nik Aziz ketua Pakatan namun Datuk Seri Anwar lebih diyakini sebagai perdana mentri.
Oleh itu, amat wajar kalau Nik Aziz mengulas isu ini menegaskan sendiri perkara ini, katanya.
Dalam padas itu, ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah, berkata cadangan sebagai ketua Pakatan Rakyat itu selari dengan ketokohan Nik Aziz di samping hubungan baik beliau bersama seluruh kepimpinan PR yang lain.
Menurut Abd Rahim, Nik Aziz mempunyai kredibiliti tersendiri yang membolehkan beliau menerajui PR dengan lebih cemerlang berdasarkan pengalaman perkhidmatannya selama puluhan tahun di dalam parti.
“Saya percaya pengalaman itu boleh melengkapkan barisan pakatan terus maju ke hadapan,” katanya mengulas cadangan dikemukakan bekas menteri di Jabatan Perdana Mentri, Datuk Zaid itu.
Zaid mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz dikatakan amat mengenali keupayaan Mentri Besar Kelantan itu mencadangkan agar beliau dilantik sebagai Pengerusi PR sekiranya pakatan mahu terus diterima rakyat.
Katanya, jawatan yang dipegang oleh Anwar kini berbeza dengan cadangan tersebut. Jawatan Pengerusi PR masih belum dilantik.
“Saya percaya soal pengaruh kurang atau tidak bukan menjadi isu,” jelasnya.
Tambahnya lagi, soal automatik individu yang memegang jawatan tersebut dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya PR mendapat mandat rakyat membentuk kerajaan juga tidak timbul kerana sistem penentuan sesuatu jawatan di dalam pakatan tidak sama dengan Barisan Nasional (BN).