Friday, May 3, 2013

TENGKU ADNAN MENGAKUI ANGKUT PENGUNDI GUNA MAS FLIGHTS

Tiga hari lepas, Anwar mendakwa mempunyai bukti BN menyewa 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari Kuala Lumpur ke Malaysia Timur. Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.

SPR menafikan wujudnya penerbangan sedemikian. MAS menyatakan semua penerbangan adalah “chartered commercial flights.” Pejabat PM menyatakan mereka tidak terlibat.

Hari ini pula, Setiausaha Agung BN DS Tengku Adnan mengakui wujudnya penerbangan sedemikian, tetapi untuk mengangkut pengundi berdaftar Malaysia yang penerbangannya dibiayai oleh "rakan-rakan BN."

VIDEO SAIFUL DI PERSOALKAN.....


KUALA LUMPUR: Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.

Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).

Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah  mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.

Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.

"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.

Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.

"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.

Harakahdaily/-

DR ASRI ~ RASULULLAH TIDAK DIDIK BERSUMPAH DEPAN KAABAH

MANTAN MUFTI PERLIS DR MAZA BELASAH CARA SAIFUL BUAT SUMPAH LAKNAT DEPAN "KA'ABAH"!!!!


" Kita sedia maklum terdapatnya Hadith tentang keutamaan solat di Masjid Al Haram serta kemustajaban berdoa dihadapan Ka'abah, tetapi Rasulullah tidak pernah mendidik umatnya untuk bersumpah di hadapan Ka'abah kerana bimbang hanya menyamai perbuatan masyarakat Arah Jahiliyyah yang gemar bersumpah dan menilik nasib ( dengan anak panah) di depan Ka'abah"

" Kenapa perlu sumpah depan Ka'abah?  Adakah semata-mata untuk mempergunakan sentimen orang Melayu Islam yang terlalu cepat ta'jub kisah-kisah mistik Ka'abah, Umpamanya kecenderungan beberapa majalah memaparkan kisah mistik di Ka'abah seperti "pendosa yang tidak dapat melihat Ka'bah"..Jika benarlah kisah-kisah seumpama itu, maka sudah tentu Abu Jahal dan Abu Sufiyyan lah orang-orang yang pertama yang gagal melihat Ka'abah disebabkan kekufuran dan kefasikan mereka"

Begitulah sebahagian dari penjelasan dan pandangan mantan Mufti perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin.