Saturday, December 14, 2013

SATU NASIHAT BILA KITA MARAH, 6 CARA MENGATASI MARAH

Rasulullah sebut ketika seorang lelaki itu meminta nasihat kepada dirinya, lalu Baginda hanya menyebut “jangan marah”. Ianya direkodkan di dalam Sahih Bukhari. Perkataan Baginda tersebut bukan hanya ditujukan kepada lelaki itu tetapi juga kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad.
Ada beberapa pengajaran yang baik di dalam kisah dan hadith tersebut :
Pertama : Kembali kepada Allah dengan berdoa. Ini kerana Allah sahaja boleh menolong kita redha dari kemarahan tersebut.
Kedua : Sebut “A’UZUBILLAHI MINASSYAITONIRRAJIM” yang maknanya aku berlindung dengan ALlah dari Syaitan yang direjam!” Kalimah ini diajar di dalam hadith baginda yang lain.
Apabila kita semakin marah, syaitan gelakkan kita tanda dia sudah berjaya masuk di dalam saluran darah kita dengan banyak. Tak mustahil, orang-orang yang kerasukan juga ada kaitan dengan masalah peribadi sehingga menyebabkan tidak dapat mengawal diri, tidak dapat mengawal tekanan dan pelbagai masalah yang tidak selesai sehingga membuatkan unsur-unsur lain ‘terjah’ ke dalam diri.
Ketiga : Ujian dari Allah. Marah itu juga sebagai kayu ukur ujian samada kita ini benar-benar hamba yang bertaqwa kepada Allah atau kita main layan sahaja perasaan marah sehingga orang yang beristeri boleh menceraikan isterinya, anak yang kecil sanggup dibelasah, muka yang cantik sanggup dilukakan hanya kerana MARAH.
Keempat : Berhenti dari bercakap apabila marah dan tukarkan kedudukan anda. Ini adalah tips yang paling banyak dipakai oleh pakar motivasi. Sebenarnya jelas-jelas diambil dari hadith Baginda Rasulullah. Kalau tak percaya, cuba cari kitab RIYADUSSOLIHIN karangan Imam Nawawi dan carilah sendiri! Tentu anda terkejut, teks itu adalah berpunca dari mulut Baginda Rasulullah. Hadithnya :
( إذا غضب أحدكم وهو قائم فليجلس ، فإن ذهب عنه الغضب وإلا فليضطجع ) رواه أبو داود .
“Apabila seseorang itu marah, dia hendaklah duduk jika dia dalam keadaan berdiri, jika tidak, baringlah ia” [Riwayat Abu Dawud]
Kelima : Bertafakkur punca-punca kemarahan tersebut
Keenam : Latih diri bertenang dan cuba senyum kembali. Pastikan akhirnya anda berwudhu menghilangkan terus kemarahan tersebut.

Wallahua’lam

Sunday, December 8, 2013

SAMM BERJAYA DENGAN MISI KEMANUSIAANNYA "SAVE4KUANTAN"

Misi Bantuan Kemanusiaan Save4Kuantan Berjaya
Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil inisiatif di atas bencana alam yang berlaku di Kuantan, dengan melancarkan misi bantuan kemanusiaan.
samm1Sebuah lori tiga tan telah dihantar ke Kuantan dengan muatan penuh barangan bantuan berupa makanan dalam tin, air mineral, lampin pakai buang, pakaian terpakai, selimut dan pelbagai keperluan lain.
Berikut adalah kronologi Misi Bantuan Kemanusiaan Save4Kuantan;
6 petang – 8 malam : Barang barang sumbangan mulai sampai di lokasi pengumpulan di Cheras Baru diuruskan oleh Penyelaras Save4Kuantan, Puan Ilyana Rosli. Orang ramai yang mengetahui misi bantuan ini datang menghantar bantuan dalam pelbagai bentuk. Penderma tergolong daripada orang awam, sektor korperat dan juga artis seni tanahair.
8.30 malam : Hasil sumbangan orang ramai yang dikumpulkan di Cheras Baru dan dimuat-naik ke dalam lori 3 tan. Beberapa pihak lagi minta supaya perjalanan misi bantuan dilewatkan kerana ingin menambah keperluan, namun Pihak Save4Kuantan terpaksa meneruskan perjalanan.
samm29.30 malam : Lori 3 tan sampai di satu lagi tempat pengumpulan bantuan iaitu sebelum masuk ke tol Gombak (karak). Barangan dimuat-naik dan perjalanan diteruskan.
11.30 malam : Misi bantuan melepasi Bentong, sebuah lagi pasukan yang terdiri daripada SAMM Pahang yang diketuai oleh Amirul Syazwan sudah sedia menunggu di lokasi selamat Kuantan.
samm32 pagi : Pasukan Misi Bantuan Save4Kuantan tiba di sebuah lokasi selamat di Sg Isap. Pasukan polis dan bomba sudah bersedia. Difahamkan, pihak polis telah mendapat tahu mengenai misi bantuan yang dikelola oleh SAMM ini lantas menghantar pasukan dan turut membawa pihak bomba.
2.30 pagi : Barangan bantuan perlu dialihkan dari lori 3 tan ke lori bomba kerana lori 3 tan tidak akan mampu mengharungi paras air banjir yang menghalang bantuan masuk ke pusat pemindahan mangsa banjir.
4.00 pagi : Barangan bantuan tiba di kawasan sasaran, Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di SK Taman Murni Sg Isap, antara kawasan yang paling teruk ditimpa bencana banjir. Paras air di kawasan tersebut menghampiri 4 kaki.
samm45.00 pagi : Misi selesai apabila barangan diagih mengikut keperluan. Pasukan Save4Kuantan memulakan perjalanan pulang dan pasukan SAMM Pahang bersurai.
Misi penghantaran ini juga merupakan trip kedua dan iAllah akan menyusul trip ketiga di atas inisiatif dan sumbangan orang ramai. Kepada mereka yang ingin membuat sumbangan, sila hubungi 012-6937908 dan untuk sumbangan berbentuk kewangan, sila salurkan ke akaun (Maybank) Solidariti Anak Muda 5550 4111 3224 (sila sms makluman kepada nombor di atas).
Selepas ini, misi bantuan juga akan menghala ke kawasan lain. SAMM Kemaman dan SAMM Johor juga sudah bersedia menanti bantuan yang bakal tiba.
SAMM mengucapkan berbesar penghargaan kepada semua penyumbang. SAMM juga sedang merangka misi pasca-banjir bagi menyampaikan bantuan membersihkan rumah-rumah yang ditenggelami air. Kepada mereka yang ingin menyumbangkan ‘pressure-pump’ Water Jet adalah amat dialu-alukan.
Sekian,
Mohd Sani Md Shah
Penyelaras Misi Bantuan Save4Kuantan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday, December 3, 2013

HATI IBU SENANTIASA MEMAAFKAN KITA


DOA DAN HARAPAN SETIAP IBU DAN BAPA

Doa dan Harapan Ayah dan Ibu...

"Ya Allah,jadikanlah anak zuriat kami sebagai anak-anak yang soleh dan solehah.Jadikanlah anak-anak kami yang boleh mengusung jenazah kami ke kubur apabila kami mati kelak.Jadikan anak-anak kami yang boleh membaca Al-Fatihah sebagai surah penting apabila berlaku kematian.Jadikan anak-anak kami yang boleh membaca Surah Yasin ketika kami sedang Sakaratulmaut.Jadikan anak-anak kami yang mampu memandikan mayat kami dengan kelembutan dan kasih sayang.Jadikan anak-anak kami sebagai anak yang tidak kekok apabila mendirikan solat jenazah dengan empat kali takbir jika kami mati kelak..Jadikan anak-anak2 kami yang tidak bakhil untuk mendoakan kesejahteraan kami jika kami berpindah ke alam barzakh…"