Saturday, April 4, 2015

NAJIB MESTI LETAK JAWATAN


Dr Mahathir Mohamad.

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan demi menyelamatkan negara dan Umno.
Beliau berkata prestasi Najib sebagai Perdana Menteri lebih teruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Sekiranya Umno mahu diselamatkan sudah tiba masanya untuk menukar kepimpinan parti itu. Siapa yang akan menggantikannya terpulang kepada Umno tetapi beliau harus letak jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kepimpinan 'What Youth Should Know' di sini Sabtu.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau sudah melepasi tempoh senyapnya dan perlu lantang bersuara kerana reputasi negara di peringkat global semakin buruk semasa di bawah pemerintahan Najib.
"Saya tidak marah. Saya hanya fikirkannya demi negara kita. Saya berdiam diri sejak beberapa tahun tetapi sekarang saya sudah melepasi tempoh senyap saya.

"Negara kita terkenal sebagai salah sebuah negara yang memiliki pentadbiran yang baik. Tetapi sekarang tidak lagi. Sekarang akhbar luar negara melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara paling korup," katanya.

Dr Mahathir turut mengkiritik Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu, Dr Mahathir menjawab pelbagai isu kontroversi semasa sesi soal jawab diadakan.

Antara isu yang dibangkitkan adalah hukum hudud, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan hubungan antara kaum. - mStar

Thursday, April 2, 2015

GRADUAN DIMINTA CIPTA PEKERJAAN......


ijuh
Graduan diminta supaya mencipta peluang pekerjaan berdasarkan ilmu yang mereka peroleh.

Perkara ini dinyatakan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusof yang berkata kerajaan mahu melahirkan graduan yang berani menceburi pasaran kerja menggunakan kreativiti secara berdikari.

“Pada masa yang sama, pihak universiti juga sentiasa memikirkan supaya para pelajar menimba ilmu dalam bidang atau kursus yang sentiasa relevan dengan pasaran kerja.

“Malahan di kalangan tenaga pengajar IPT (institusi pengajian tinggi sendiri, kita akan mencari pensyarah yang boleh melahirkan sifat keusahawanan kepada para pelajar,” katanya pada sesi dialog dengan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini pada Rabu.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Tan Sri Dr Ahmad Zaidee laidin dan Naib Canselor Datuk Prof Dr Shahrin Sahib.

Idris berkata demikian apabila disoal mengenai bilangan graduan yang melebihi peluang pekerjaan sehingga menyukarkan mereka mencari pekerjaan.

Beliau berkata menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Pendidikan Tinggi yanng mempunyai 10 lonjakan yang akan dilancarkan Selasa depan, ia turut menekankan aspek keusahawanan, selain mahu melahirkan graduan yang holistik serta berimbang.

Menurutnya, menerusi pelan itu negara berhasrat untuk melonjak diri dalam melahir lebih ramai graduan yang bukan sahaja berkualiti di rantau ini malahan bertaraf dunia.

Katanya antara pendekatan yang diambil kementerian ialah mengumpul kalangan profesional dalam bidang industri tertentu sebagai tenaga pengajar jemputan ke arah melahirkan graduan yang boleh mencontohi dinamik dan profesion tenaga pengajar berkenaan.

“Antara yang telah memberi persetujuan mengenai perkara itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan tokoh korporat tempatan lain serta sebuah sebuah syarikat antarabangsa dari Jerman,” katanya.

– BERNAMA

Saturday, March 28, 2015

MOBILEBOOKCAFE.COM JADI TREND SETTER DI MALAYSIA


Mobile Book Cafe merupakan kedai buku bergerak pertama di Malaysia. - Foto Ihsan mobilebookcafe.com.
IBARAT mini perpustakaan bergerak, itulah yang dapat disimpulkan mengenaimobilebookcafe, perniagaan yang diusahakan dua sahabat karib, Muhammad Ali  dan Muhammad Azam Nor Anwar yang baru beroperasi beberapa bulan lalu. 
Van bergerak ini mampu memuatkan buku sebanyak 1,000 naskah di atas rak, sementara 1,500 naskah lagi stok yang disimpan di bahagian dalam van pada satu-satu masa. 
Van ini mampu memuatkan 1,000 naskah buku di rak
Pelbagai genre buku turut dijual oleh mobilebookcafe, antaranya buku ilmiah, novel, masakan, karya sastera, komik mahupun buku agama.Mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat, mobilebookcafe kini sudah beroperasi hampir tiga bulan yang lalu. Menurut Muhammad, 55 pada asalnya beliau ingin membuka kedai buku, namun kerana kos menyewa bangunan yang terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa mengubah niat asalnya itu dan akhirnya mendapat idea untuk mewujudkan kedai buku bergerak seperti yang ada sekarang. 
Pelajar USIM berminat dengan buku yang dijual mobilebookcafe.
Bercerita lanjut, Muhammad berkata tumpuan utama mereka ialah pelajar sekolah kerana mereka ini gemar membaca terutamanya bahan bacaan ringan.

"Harga yang ditawarkan sama sahaja tetapi untuk pelajar mereka tidak kisah sangat mengenai diskaun. Diskaun minimum yang diberikan ialah 10 peratus daripada harga asal buku. Dari segi jualan pula, sangat mengalakkan.

"Bagi jualan di sekolah secara purata kita boleh memperoleh, sekitar RM5,000 bagi satu lawatan. Paling tinggi jualan kita pernah mencecah RM18,000, ini kerana pihak sekolah menempah buku untuk bahan bacaan di pusat sumber sekolah," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Pesta Buku yang diadakan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung, Muhammad berkata pihaknya sering mengajak penulis buku serta mengadakan bengkel penulisan mahupun mewarna ketika mengadakan lawatan di sekolah mahupun tempat awam.

"Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih kepada mereka kerana sudi menerima kehadiran kami,” katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan institusi pengajian tinggi negeri-negeri di utara tanah air.
Dua sahabat baik, Muhammad Ali , (kiri) dan Muhammad Azam Nor Anwar merupakan pemilik mobilebookcafe.

Sunday, March 22, 2015

PAS MENANG MAJORITI LEBIH 10000 DI DUN CEMPAKA, TURNOUT CUMA 54 PERSEN

KOTA BHARU - Pas berjaya mempertahankan kerusi Dun Chempaka apabila calonnya, Ahmad Fathan Mahmod menang menewaskan empat calon Bebas dalam PRK yang disifatkan paling tenang dan aman. Kemenangan itu menjadikan kerusi Dun Chempaka kekal milik Pas yang sebelum ini tujuh penggal dimenangi oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majoriti yang diperolehi Fathan meningkat kepada 10092 walaupun kehadiran pengundi merosot kepada 55 peratus berbanding 83 peratus dalam Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU-13) yang lalu.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam  9.05 di Pusat Penjumlahan Undi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa. Fathan yang juga bekas pensyarah memperoleh 10,999 undi mengatasi empat calon Bebas yang kesemuanya hilang wang pertaruhan. Calon Bebas, Shariff Mahmood memperoleh 807 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 51 undi,  Fadzillah Hussin memperoleh 89 undi manakala Aslah Mamat manakala 27 undi. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Thursday, September 4, 2014

KEPENTINGAN KHALID ATAU AZMIN ATAU ORG MELAYU?

Dr Wan Azziah harus surrender...

MENJOLAK MENTARI                                                                    

Masa untuk menyelamatkan DUN Selangor dibubarkan ekoran kegagalan menyelesaikan kemelut pengganti Khalid Ibrahim masih ada sedikit sahaja lagi. Di pihak Sultan Selangor dikira sudah begitu melegakan apabila baginda telah memberi ruang meminta parti-parti Pakatan, PKR, Pas dan DAP menghantar lebih dua nama.

Sedikit sebanyak sultan telah bermurah hati dan sedia melayan demokrasi di Selangor. Atas budibicara baginda boleh sahaja meminta Khalid "menasihatinya" agar membubarkan DUN Selangor. Tetapi nampaknya tidak begitu. Semangat Perlembagaan dan Undang-undang tampaknya dipedulikan oleh sultan. Baginda juga peka dengan implikasi yang bakal menimpa batang tubuhnya sekiranya tindakan membubar dewan dilakukan. Baguslah.

Kini semuanya terletak kepada PKR bagi menentukan apakah DUN Selangor perlu dibubarkan atau tidak. Kata putus tergenggam dalam tangan PKR. Semalam pihak istana telah mengutus surat kepada parti itu agar menamakan nama lain selain Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diklantik menjadi MB. Tetapi ada usaha untuk memanipulasikan hakikat surat berkenaan menyebabkan kenyataan dikeluarkan ditarik balik. Kenapa terjadi begini? Seolah-olah orang yang melakukan ini sebagai satu sabotaj dalaman pula.

PKR berpegang kepada prinsip dan pendiriannya menghantarkan hanya satu nama sahaja. Semua orang kena menerima dan menghormati pendirian itu. Tetapi dalam politik tidak semestinya pendirian yang betul itu tetapi kalau ia mendatangkan masalah perlu ditegakkan.

Apakah PKR tetap berpegang kepada pendirian itu hanya mahukan Dr Wan Azizah sahaja? Kalau itulah pendirian tegas PKR, ini bermakna jalan ke arah pembubaran DUN semakin cerah. PKR terutamanya pemimpin yang bersedia untuk memasuki ke pejabat MB bersama Dr Wan Azizah harus berfikir jauh dan berfikir untuk diri sendiri.

Kalaulah DUN dibubarkan dan pilihan raya diadakan semula, katalah Pakatan Rakyat menang dan PKR sekali lagi diberikan kepercayaan oleh rakannya untuk mengetuai parti, dan nama Wan Azizah juga diajukan kepada sutltan untuk jadi MB apakah keadaan yang berlaku sekarang ini tidak berulang? Apakah boleh dipastikan kalau hari ini sultan tolak nama Wan Azizah esok sultan boleh menerimanya.

Walaupun ia tidak mustahil tetapi ia agak mustahil untuk berlaku begitu.

Rasanya kalau hari ini jarum tidak dapat meloloskan diri maka kelendan juga tidak akan dapat menurtinya. Hari Jumaat tidak akan mendahului hari Khamis kerana sunatullahnya begitu. Pada saya seeloknya Dr Wan Azizah kena surrender.

Saya yakin waktu ini atau malam tadi pimpinan PKR sudah pun membincangkan hal ini dan keputusan sudah pun ada serta sedia untuk dimaklumkan. Cuma diharap keputusan itu janganlah tegang sehinggakan pembubaran DUN berlaku. Sebab seperti dikatakan tadi kalau DUN dibubarkan apa yang berlaku kini tetap akan berlaku. Tidak semudah itu untuk memaksa hati sultan daripada menerima seseorang yang tidak diperkenankannya. Sultan adalah sultan. Berihu kali puyuh berkokok macam terkukur, ia tetap puyuh juga yang ekornya pendek dan terbang rendah.

Yang terbaik PKR bersama Pakatan Rakyat hantarlah nama lain. Sekiranya nama Mohamed Azmin Ali tidak dapat dipersetujui kerana masalah tertentu, hantarlah nama lain. PKR masih ada 12 nama lagi yang boleh diangkat menjadi MB. Itu Adun Ijok Dr Isris Ahmad boleh diangkat untuk jadi MB sementara. Dalam soal ini baik Dr Wan Azizah dan mereka yang mengekorinya dan juga Azmin redalah dengan apa yang berlaku.

Bersabit dengan Azmin hairan kenapa timbalan presiden ini tidak dapat diterima. Apakah penolakan kerana kelemahan kepimpinannya ataupun kerana ada chemistry tertentu? Kalau ia ditolak kerana hal-hal personal ini bermakna PKR sudah tidak rasional lagi dalam politik. Masalah ketidakrasionalan inilah menjadikan PKR bermasalah dan juga mengheret sama Pakatan Rakyat.

Saya diberi tahu Azmin tidak disenangi oleh Dr Wan Azizah dan keluarganya. Begitu juga Khalid Ibrahim tidak menyenangi Azmin. Saya faham kalau Khalid tidak menenangi Azmin, tetapi tidak faham kalau Dr Wan Azizan dan keluarganya tidak menyenangi Azmin. Maaf saya terpaksa menyebut dan bertanyakan hal ini? Ingat Azmin bukan milik sesiapa tetapi dia milik PKR.

Semua orang dalam PKR harus berjiwa berjiwa besar untuk memastikan kerajaan negeri Selangor dapat diteruskan oleh Pakatan Rakyat. Setidak-tidak tahan diri untuk kira-kira tiga tahun lagi sebelum pilihan raya umum ke-14 menjelang. Masa itu atur dan susunlah agar hasrat dan cita-cita peribadi masing-masing tercapai?

Perkara yang perlu diutamakan bukan soal peribadi atau melantik sesiapa yang kita berkenan dan suka, tetapi lantiklah mereka yang boleh diterima sultan dan diperkenankan olehnya. Sebab perlu diketahui pemutusnya di situ. Berkeras dengan sultan sampai ke bila pun tidak akan menang. Sultan diibartkan durian rakyat (PKR) diibaratkan mentimun. Tergolek kena digolek pun kena. Apa lagi dalam keadaan apa juga dan bila-bila masa sahaja akan wujud dua kumpulan orang Melayu di negara ini satu menyokong raja dan satu lagi tidak setuju dengan raja.

Kewujudan dua kumpulan yang bertentangan inilah yang menyebabkan segala masalah berhubung dengan kepentingan orang Melayu juga sukar dilaksanakan. Tidak mahu pula saya memberi anologi lebih kepada bangsa yang satu ini, Melayu. [wm.kl.9:20 am 04/09/14]

Monday, July 14, 2014

BREAKING NEWS : AHLI PKR KUALA SELANGOR HERET PARTI KE ROS


Akar umbi tiada pilihan kerana parti terutama pihak JPP ,Lembaga Disiplin dan sebahagian besar anggota dlm Biro Politik dan Mpp telah gagal dlm tanggungjawabnya bagi memastikan demokrasi dan integriti parti dipertahankan.

Jalan didepan yang ada bukan keluar dari parti tetapi menyerang mrk yg mempergunakan parti demi kepentingan mrk sendiri.

Saya difahamkan bahawa saudara Arijan akan membuat lapuran ke ROS petang ini. Ini satu lagi breaking news. Maknanya akar umbi tidak yakin dgn ketelusan dan integriti pimpinan parti.

Sya percaya ini langkah terakhir akar umbi utk selamatkan parti dari kerakusan pimpinan kanan dan penyokongnya.

ARIJAN KSGR