Wednesday, August 19, 2009

Apa tujuan SPRM buka semula siasatan ke atas bekas TKM1 Pulau Pinang??

PULAU PINANG 19 Ogos — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri telah membuka semula siasatan ke atas dakwaan kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.
Pengarahnya, Latifah Md. Yatim berkata, keputusan untuk membuka semula siasatan dibuat setelah SPRM menerima bukti baru berhubung kes berkenaan.
“Kami menutup siasatan sebelum ini berikutan tidak cukup bukti tetapi sekarang kita telah menerima bukti baru daripada orang awam dan meneruskan siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
- Bernama

Video Gobalakrishnan dikasari PDRM..

Wednesday, August 12, 2009

MB Minta Najib Curahkan Pelaburan Kepada Rakyat Selangor


Kalau nak beli Selangor, curahkan pelaburan kepada rakyat bukan kepada pemimpin Umno, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, rakyat mengharapkan pembangunan yang boleh dinikmati untuk keselesaan hidup mereka dan telah memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan itu.
Tan Sri Khalid mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merancang merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.
"Jadi saya berharaplah saudara najib akan mencurahkan pelaburan-pelaburan yang banyak ke negeri Selangor supaya jangan curahkan kepada bahagian umno dan habis duit tu dimakan secara haram,"katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Semaian Spirulina, Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor, petang tadi.
Katanya, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan barisan nasional lebih 50 tahun lalu di Selangor, tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.
Malah, jelasnya, kebanyakan projek yang dilaksanakan itu adalah untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan merakyatkan ekonomi Selangor seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pada hari ini.
"Saya memang sertuju dengan pendapat Datuk Najib Tun Razak, Selangor ini sangat berharga, itu sebab rakyat telah menunjukkan bahawa harga ini boleh dibeli kerana rakyat percaya kepada pemimpin yang boleh merakyatkan ekonomi",katanya.
Menteri Besar menegaskan, Pakatan Rakyat bukan hanya berjanji atau bercakap, tetapi melaksanakan semua dasar-dasar yang telah dirancang untuk faedah rakyat yang berbilang bangsa di negeri ini.

Anwar kesal serangan peribadi Muhyiddin



PETALING JAYA - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memilih cara berpolitik menggunakan serangan secara peribadi. Bagaimanapun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Muhyiddin sebaliknya akan berhujah dari sudut dasar sahaja. “Ramai mahu saya serang balas (Muhyiddin). Tetapi saya rasa masih tidak perlu berbuat begitu untuk masa sekarang, saya akan menjelaskan isu-isu pokok yang perlu dijawab oleh mereka (Barisan Nasional),” katanya kepada media di ibu pejabat PKR di sini, semalam. Anwar berkata, Muhyiddin semestinya mengetahui bahawa terdapat di kalangan mereka yang tidak selesa seterusnya menimbulkan perasaan marah sekiranya isu tersebut dimainkan. Mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin tersebut, Anwar berkata, pimpinan UMNO sengaja mencipta propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. “Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak. “Kita mempunyai hujah-hujah yang jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolokkan simbol-simbol bangsa, agama dan raja semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya. Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat lain iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (PR) bersetuju menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Dalam pada itu ketika ditanya mengapa isu tersebut digunakan ketika ini, Anwar berkata, UMNO sedang mengalami krisis sokongan rakyat selain mahu sokongan pada pilihan raya kecil Permatang Pasir. Sehubungan itu katanya, kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu terus-menerus melabelkannya pengkhianat bangsa Melayu. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, isu desakan supaya Pas keluar dari PR tidak menjadi satu perkara yang besar kerana kenyataan tersebut dikeluar daripada Pemuda UMNO yang mahukan PR berpecah. Anwar turut menafikan bahawa beliau telah membuat pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan isu semasa sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah blog.

Dun Perak bubar November tahun ini?

ayahmat Oleh SM Noor
Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini.
Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'.
"Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.
Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009.
Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan bagi membentang dan meluluskan Belanjawan 2010.
"Mesti ada persidangan, jika tidak bagaimana (negeri) nak belanja tahun depan (2010), nak beri (bayar) gaji kakitangan kerajaan negeri Perak, nak buat peruntukan untuk perbekalan.
"Ini mesti diluluskan di Dewan Undangan Negeri dalam bentuk Belanjawan 2010, ikut mana cerita pun dia (kerajaan) mesti buat persidangan,"jelasnya.
Menurutnya kemungkinan berlaku kekecohan pada persidangan Dun Perak akan datang tidak dapat dijangkakan kerana sidang Dun pada Mei 2009 lalu telah berlaku ?huru hara?.
Kata Nizar, sidang Dun yang lalu dianggap tidak sah kerana tindakan Umno-BN merampas kuasa Speaker (Yang DiPertua) Dun Perak secara paksa.
"Bila dia (Umno-BN) buat persidangan (nanti), saya beritahu Tuanku (Sultan), kami juga (Pakatan Rakyat) akan cuba buat bagaimana Umno (buat) arah polis angkat Speaker. Kita pun nak cuba belajar angkat Speaker.
"Adakah Tuanku nak tengok, nak biar dunia tengok, bahawa berlaku lagi kemelut dan huru hara dalam Dewan Undangan Negeri Perak,"ujarnya.
Menurutnya, kemelut tersebut merupakan rantaian dari tindakan 'rampasan kuasa' yang telah dilakukan oleh Umno-BN pada Februari 2009 lalu.
Katanya, seluruh rakyat negeri Perak bersama-sama Pakatan Rakyat yang mahukan Dun Perak dibubarkan segera.
Meski pun, katanya hanya diberi kuasa selama 12 jam pada 11 Mei 2009 lalu oleh mahkamah masih sempat menulis surat kepada Tuanku Sultan Perak memohon agar Dun Perak dibubarkan.
"Umno terpaksa rampas (dan) teruskan proses merampas. Setelah dia rampas kuasa dia rampas Speaker, lepas dia rampas Speaker dia rampas keputusan Mahkamah Tinggi.
"Keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 telah memberikan 'keabsahan' kepada saya dan Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar yang sah dan kerajaan yang sah.
"Sebaik sahaja dia (hakim) memutuskan keputusan itu, saya dan rakan-rakan terus ke Masjid Kampung Pandan dan melakukakan solat sunat.
"Selepas itu, saya 'berlari' (bergegas) dalam kereta minta buatkan surat. (apabila) Saya sampai di Ipoh surat dah sedia, (saya) ambil surat dan bawa pergi ke Istana," ujarnya menceritakan rentetan peristiwa di Perak.
Malangnya, kata beliau apabila sampai ke Istana pada jam 10.30 malam tidak dibenarkan masuk bagi menghadap Sultan Perak.
Menurutnya, dalam surat tersebut memohon perkenan Sultan agar membubarkan Dun Perak.
"Dalam surat itu, saya nyatakan ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak. Oleh kerana, Mahkamah Tinggi mengabsahkan patik sebagai Menteri Besar, maka patik nak serahkan kuasa itu kembali kepada rakyat. Apa sudi kiranya, Tuanku memperkenankan dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak,"jelasnya.
Pada majlis tersebut sejumlah RM22,000 berjaya dikumpulkan oleh MTD Chukai bagi mengisi Dana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Monday, August 10, 2009

PRK PERMATANG PASIR 25 OGOS - BERTAMBAH PAHALA PEMBANGKANG NANTI

10 August 2009

PRK Dun Permatang Pasir nampak gayanya akan berlangsung dalam bulan puasa.Tarikh penamaan calonnya pada 17 Ogos manakala pengundian pula 25 Ogos.Itu keputusan yang dibuat oleh SPR.Ini juga bermakna sebahagian musim kempen akan jatuh dalam bulan Ramadan.Kita tengoklah setakat mana kemampuan mereka yang terlibat melaksanakan kerja-kerja kempen tanpa melanggar hukum-hakam dan adab peraturan yang dituntut oleh bulan yang mulia itu.Mampukah mereka menahan lidah, menahan jari dan menahan hati?
Posted by jeanbara