Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan lebih 20 lelaki bermotosikal dan juga kereta dipercayai penyokong UMNO/BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menyerang petugas yang berada di situ.
Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS dipukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.
Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong UMNO/BN terbabit tidak berpuas hati kerana mendakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.
No comments:
Post a Comment